Rabu, 30 Januari 2013

Aksara

Apa berat benar aksara kali ini?
Naskah yang aku tunggu sekian lama
berbekal semangat seru mantera dari dia
tetap jua makin terasa berat

Tuhan
apa berat naskah ini?
apa berat jika ia dilepas?
apa berat mendatang khilaf?


Tuhan
mohon permudahkan jalan aku
seperti naskah sebelumnya



terima kasih!

Isnin, 21 Januari 2013

Gula Kapas #2


kekal sebagai gula gula kapas
masih tunggu tanpa rimas
rona pipi merah menyimbah panas
senyum bikin tak terasa penat digalas

gula gula kapas
lembut memikat nyata terikat
manis sekadar cukup berbahagi kita
perkongsian rasa yang magisnya
Tuhan punya cerita.

ada bingkisan yang Tuhan hantarkan buat jiwa jiwa yang percaya keajaiban kalam dia.

terima kasih!

Rabu, 16 Januari 2013

Patah.


selepas maghrib, dia akan duduk di sejadah itu
mulakan bacaan dan dia menangis dalam mengaji.

dua hari juga
fikiran dia kacau
tapi TUHAN sayang
dan dia tahu

selesai baca , azan isyak kedengaran
dia sambung solat isyak
dan kemudian nya akan mengaji lagi.

tengah malam juga dia begitu
mencari ketenangan
mencari redha tuhan
mencari jiwa dia yang hilang.


doakan dia yang sedang patah
doakan dia yang sedang rabak
doakan dia yang sedang berjuang mati hidup
dan moga dia cukup kuat untuk bangkit.




terima kasih!

Sabtu, 12 Januari 2013

Alamat pada Tuhan

Aku dikelilingi rasa rindu yang menyesak dada, galau yang berkocak goyang kini makin terasa di laut hati paling dalam, lalu kemana harus aku alamatkan rasa rindu?

kemana harus aku layangkan rasa
kemana harus aku sepikan jiwa
kemana harus aku sembunyi gundah rindu rasa jiwa?


satu

niat
wudhuk
doa
takbir


dan ada namamu dalam doa disetiap sujud ku.

ku alamatkan pada Tuhan.
terima kasih!

Takdir terhina

Takdir paling hina pada jatuhnya cinta itu
Bila cemburu membuta tuli
Bila lemas sesak menghuni dada
Perlu adanya dia tiap masa
menjadi pelapor masa ke masa

Kasih sayang tak dipandang
Yang dipilih curang yang dilihat terang
suara suara kawan kawan terasa sumbang
dia seronok menjadi si pencurang

dan bila takdir paling hina itu jatuh
rasa sakit yang bukan kepalang
bila perlu menghambat rasa yang menghuni
merajai hati
dan biar aku mati dihempap rasa
bila separuh nyawa pergi
dan kau boleh pergi mati.



terima kasih!

Pemanah

Simpan kemas kemas , ikat rapi rapi
takut terburai nanti.
isi hati yang sedang mencemburui.

Esok lusa akan tiba masa, bila mana aku disana
memaling rasa meludah angkasa
tepat

Busur yang aku pegang ini,
tak lama lagi mencari mangsa
berbekalkan tiga anak panah sakti
berjalan aku sebagai pemburu arjuna

satu
busur tarik regang
lepas
tepat pada hati

*sinis*

dua
busur tarik regang
jalan merapati
lepas
tepat pada hujung dada

tiga
busur tarik seadanya
kini aku depan mata
lepas
tepat mengenai jiwa

*senyum*

hai Arjuna, aku lah kekasih mu
si pemburu pemanah cinta.

selamat berkenalan.



terima kasih!

Dalam

Manusia punya cita cita paling tinggi, Jadi TUHAN, menetap halal haram dan juga syurga neraka di tangan dia. Dia lah malaikat, khalifah di bumi ALLAH, walhal dia sebenarnya antara yang paling jahil tentang agama, hanya punya cita cita menjadi TUHAN BUMI.


pesan aku, yang bukan malaikat juga  bukan iblis laknat.
terima kasih!

Jumaat, 11 Januari 2013

Matahari


Hari ini aku lewat bertemu matahari, dia terlebih dahulu terbenam di makan fajar senja yang berlabuh di ufuk lembayung merah jingga.

aku sedang marah

marah kan jiwa yang sedang gila dirasuk rasa

aku yang lambat mengejar
atau matahari yang terlalu cepat terbenam?

terima kasih!

Di bawah paksi

Bercakap dengan kau umpama aku bercakap seorang diri, yang aku pasti mata kau tepat merenung aku ketika aku sedang leka bercerita itu ini, dan kau diam fokuskan aku, dan bila aku rajuk, kau pasti bilang kau dengar, dan betapa aku suka bila kau boleh mengulang setiap bait kata aku semula.

Berpaksi dengan aras paling gila, kita berdua bermimpi menuju angkasa, mahu beradu di galaksi sana, apa kau dan aku sudah gila? mabuk disinggah asmara cinta, atau hanya kita melankoli dengan rasa?

soalnya nanti, bila aku pulang, kau akan lupa siapa aku. Dan aku sudah mula bosan untuk mengulangi segala nya untuk mendapat satu momen yang berharga untuk kita berdua.

sedang aku begini, yang aku pasti, rasa ini makin tawar dan hari demi hari yang aku gagahi, aku berjaya untuk tidak memikirkan kau walau sekecil zarah, dan aku biarkan jawapan jawapan aku mengecawakan kau, biar kali ini kau pula belajar mengejar.

nyata
tidak
kau tak mengejar
bahkan kau tak langsung cuba
sebaliknya kau berlalu pergi.

baiklah
kini kita berdua mati.
terima kasih!

Mimpi

Cumbunya dingin
Peluknya hangat, nyaman.
Jarinya kasar, menenangkan.
Bau rokok, kejantanan.

berteman malam itu
tak ada kata yang keluar
hanya bunyi angin
ungkap kata dari hati ke hati


Erat didakapan
Hangat dan nyaman
Selamat tinggal sayang.
Satu hari, aku pasti kita ketemu lagi.

ciuman itu berbekas dihati
walau yang dicium itu tempatnya dahi
bau itu lekat di baju
tapi aku masih dan selalu rindu


moga kau baik baik sahaja.


terima kasih!

Pesan untuk Kesayangan.

menulis lah kerana jiwa, menulis lah kerana rasa, menulis lah sebagai sebahagian gundah gelana, kalau galau sedang berkocah gah di lautan dalam hati sana  tak bisa kau zahirkan pada manusia, zahirkan pada aksara, Tuhan bagi setiap apa kita perlu, dan terkadang, dia pinjamkan seni pada setiap insan, cuma mahu atau tidak, percaya dengan diri, percaya pada aksara tinta jiwa. 


Tuhan kan sentiasa ada.

terima kasih!

Satu, Istimewa

"Kaulah satu satunya
diantara berjuta
insan teristimewa"
- Lagenda, sheila majid-


yang istimewa itu tentunya satu
yang lain itu tentu ada beda nya

dan bila kita terasa hilang
tak kan ada yang bisa mengganti
walau datang beribu 
tak kan sama yang lama

patah kan tumbuh
hilang kan muncul
tapi 

tetap tak akan sama.
cuma jasad yang ada
rasa tak mungkin ada .

terima kasih!

Angau

Teruk juga sakit rindu angau
Tak senang tidur
Tak senang pejam

nampak nama dah cukup
buat senyum terpaut



terima kasih!

Kalau dah namanya Kawan.

5 bulan yang lepas,

selisih paham pasal satu isu je,
kecik sangat.
dua2 ego, dua2 angin,
terus jauh hati
terus kecik hati,
terus bawa diri


hanya doa yang aku terus kirim untuk dia
dan siapa sangka
kelmarin dia menjelma.



request friend , accepted.
terus naik IM

"I rindu u Nia, sumpah. "

nak mengalir air mata, sebab dia kawan yang agak rapat sama2 dengan apiq dulu. kitorang 3 orang pernah sama2 rapat. sebab apiq aku kenal shuk and became a really good friends.


"dah habis dah merajuk dengan saya?, 5 bulan kot mcm ni. ingat kan betul dah marah hari tu."

dan petang semalam dihabiskan dengan sesi gelak tawa bersama , kalau dah namanya kawan, dan pernah rapat sama2, rindu pasti ada. dan terima kasih tuhan, terima doa aku.

untuk kawan2 yang aku tak perlu sebut nama siapa, terpulang la. aku tak mahu kata apa2. teruskan lah Lin kata aku berbohong, teruskan la berkata satu sama lain, yang pasti aku tetap diam, dan terus perhati kebahgiaan kau orang.Nana pulak kata aku tak nak berbaik dengan orang, baiklah. aku tak pernah nak update blog pasal isu ni, tapi bila org2 still bercakap hal aku,sindir2, nak tanya sikit, kau orang pernah tanya dulu tak sebelum buat tuduhan " aku lah orang yang tak pernah nak jernihkan keadaan, seronok bergaduh masam muka dengan semua orang". pikir lah. kadang2 kawan2 yang nak berbaik tu ada bisa lagi tajam dari kawan yang terlebih dahulu berhati2..



=)



terima kasih!

Rabu, 9 Januari 2013

Janji



erat jari awak saya elus,
dahi saya sejuk awak cium,
mata berkaca saya, saya tunduk.
dan peluk.
Erat.
saya tak mahu awak jauh
saya tak mahu awak jatuh
perlahan
awak angkat muka saya
dan air mata saya gugur tak semena
awak sapu dengan jari
dan awak cium pipi

"jangan lah nangis lagi, macam mana aku nak pergi macam ni, nanti kan kita ketemu lagi, aku janji. "

bau yang aku rindu
cium yang dingin tenangkan aku
lirik mata yang ada rahsia
dan peluk hangat berdua
dan selama aku ada
aku mahu kau ada
selama cinta tak mati
selama itu aku pegang janji.




Originally copy from my tumblr.

terima kasih!

Isnin, 7 Januari 2013

Gula - Gula

Aku ini manis dalam berkata
Tapi tak mungkin aku pendusta cinta
Aku ini manis manja bila berdua
Untuk kau sentiasa aman selesa

Marah aku untuk rasa cemburu
Kasar aku untuk risaukan kamu
Kamu sudah sedia tahu
Bahawa aku ini gula gula kamu

Aku buaikan mimpi lena kamu
Dengan nyanyian puisi aku
Tentang cinta jiwa kita yang baru

dan aku mahu jadi
gadis cinta hati kamu
yang terakhir di malam mu
yang pertama di pagi hari mu

indah
dan biar kita lalui dengan bisik anganan masa depan.
terima kasih!

Janji Tuhan

Sabar itu kan manis
Sabar itu kan ada baliknya

menyusun aksara 
kemas menjadi bait kata
aksara dari hati
ikhlas menyusun biar menjadi

merona merah pipi
bila namamu yang diperhati
senyum sendiri
bila kamu bergurau mengusik geli hati

janji tuhan yang pasti
setiap apa yang jadi
pasti kan ada cerita di sebalik yg pasti



terima kasih!

Sabtu, 5 Januari 2013

Candu

Andai nama kau yang terukir
Lalu menjadi sebahagian jiwa
Makanya aku sedang dilamun cinta

Rindu
Mabuk kecanduan oleh kamu
Bagai ganja yang memakan sistem
Begitulah rindu yang aku rasakan

Bila hanya nama kamu
Sudah cukup bikin aku senyum
Sah,
Aku sedang gila

Gilakan kamu
Parah.
Harapnya tak sampai berdarah.
terima kasih!

Terasing

Tiada lagi ucapan buatmu
Tiada lagi nyanyian dariku
Tiada lagi salam buat kamu
Tiada lagi gurau itu

Pedih
Mahu telan rasa
Mahu terima nyata
Sedang aku berjalan sendiri
Meniti hari tanpa kamu

Rindu ini sungguh nya tak terbalas
Rindu ini nyata tak terbiaskan
Hanya kalungan doa aku untaikan
Hanya ayat ayat suci aku alunkan

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kekanda Beta
Almarhum Fazli Fadzilah
6 January 1988



terima kasih!