Sabtu, 9 Julai 2011

:: Bersidai Di Balik Awan. ::

* aku melukis lukisan jiwa *

aku menunggu dia tiba, hampir saban malam.menanti penuh sabar dalam sendu yang tidak lagi kedengaran.menunggu membuat aku jadi perindu paling penyabar serta setia.entah mana arjuna hati.mungkin tinggal sepi tanpa jejak, tapi tak apa, biar aku disini, menyentuh angin yang lalu, membilang titisan hujan yang setia turun menemani aku yang berpayungkan ketulan awan.

aku menunggu dia tiba di siangnya hari, menanti dengan rasa sabar yang sekecil dada, menunggu di terik panas ini buat aku mudah lelah, dengan keringat yang menodai aku., aku panggil angin buat hilang rasa panas, aku tarik awan jadikan payung untuk hadang sinar mentari memercik.

setiap hari, ceritanya sama.aku menunggu.menunggu entah bila hujung dan hakikinya.yang pasti aku tetap bersidai di balik awan.


terima kasih!

Jumaat, 1 Julai 2011

traumatik

Aku hanya manusia
punya hati dan satu rasa
bila mana aku jualkan hati aku untuk dia
tapi akhirnya dipijak penyek

diam
bisu
aku terus kaku
melihat sekeping hati yang tidak berwarna
terkujur di situ

aku kutip sisa kasih tadi
aku simpan mati di dalam jiwa
janji aku,
tak akan ada lagi rasa yang akan aku jualkan
kerana aku cukup mati
cukup trauma fobia dengan hati-hati manusia
yang lebih ego tanpa ada rasa kasih tulus

fobia trauma 
buat aku simpan matikan rasa ini
adakah ada ubat untuk penyakit ini?
temukan aku dengan dukun itu
untuk buang trauma rasa mati ini.

terima kasih!

mimpi

Kalau cinta itu semudah perkataan
tentu ramai yang tertawa dari menangis derita
Kalau rasa itu seindah anganan
pasti ramai hidupnya di awangan

tapi itu hanya jika kalau
tak akan ada satu yang didunia ini
percuma kata persis dua
akan ada bayaran atas setiap satu darinya

aku impikan
dunia ini bebas
aku angankan dunia ini sempurna
tapi itu hanya anganan semata

minda makin dijelejah
dipijak
dihenyak semahu mahu
bila kita akan sedar?
buka mata, pandang langit lepas
semoga kita lebih jauh kehadapan
tanpa ada kata KALAU dan ANGANAN.
terima kasih!

palsu

layar lama memutar minda
menyingkap sebuah nostalgia lama
suka berkait pula dengan duka
adakah aku kini masih lagi terluka??

harapan
hanya sebuah dari kisah lama aku
aku terlalu banyak mengharap
seperti gagak yang mahu terbang seiring dengan enggang
berharap pada suatu yang tak mungkin aku miliki

pedih jiwa
pedih hati
luka rasa
berdarah tak berwarna

aku tutup cerita lama
aku kuburkan bersama dia
tak mahu berharap menanti yang sia-sia
harapan palsu janji belum lagi dikota.
terima kasih!

maaf dari hati

sayang
maafkan aku
aku ini manis berkata
tanpa kau sedari kau jatuh cinta

sayang
aku lupa
kita jauh berbeda
ada garis yang memisahkan jiwa kita

sayang
bukan niat untuk bermula
tapi aku hanya layangkan picisan jiwa
tanpa aku sedar kau mula mengharap pada satu cinta

sayang
berat aku luahkan
tak terdaya aku nyatakan

aku ini kosong
aku ini manis
jangan berharap dengan jiwa aku
kerana aku telah pun jeruk hati aku untuk dia seorang
maaf dari jiwa kosong aku
kerana buat kau mengharap kasih tulus aku.

maaf.
terima kasih!