Jumaat, 22 Februari 2013

Sonata February

Hati makin kacau
Galau makin rancak

Berjalan sendiri
Pilihan yg aku rasa kuat untuk diri

Bangkit dari kecewa
Bangun dari kehilangan

Tak kan ku biar rapuh
Tak kan ku senang jatuh

Tapi aku
Sebesar besar mana semangat
Jika selalu ditiup
Pasak yg pegun
Goyah juga.

Sudah tak tahu mahu letak ketabahan dimana
Sudah tak terdidik di hati, yakin lah sebagaimana selalu








penat
tiap-tiap hari harus seka air mata begini.



terima kasih!

Gantung

Balada rindu yang menggamit kenangan tentang kamu
Tentang cinta yang berkehendak kita dua
Berpesta ria tangisan sendu
bila mana aku cuma tahu rindu

Bukan soal laut yang memisahkan
bukan soal masa yang jarang dihabiskan
tapi tentang usia 3 tahun ini

sebenarnya kita apa?

hari tentang bercerita impian kita 
semakin hari makin pudar
jauh jauh dibawa pergi

lagu yang selalu aku nyanyikan
telah aku diamkan nadanya
balada yang aku selalu senandungkan
sengaja aku biarkan kosong selamanya

kau tahu
rindu ini sengaja pilih kamu.







dan ketahuilah
ini menyakitkan. 

terima kasih!

Khamis, 21 Februari 2013

Kopi, Gula Kapas, Strawberry, Keju

Aku kan menjadi pemanis mu,
Bagai gula kapas lembut mencair.

Aku kan menjadi kopi mu
Sepahit dalam cangkir istimewa kamu

Aku kan menjadi strawberry kamu
Bila mana aku masam bila kau melirik mata ke arah lain

Aku kan menjadi keju
untuk kau merasa setiap hidangan aku.

dan dia atas semuanya
aku akan jadi, suri hati mu .

terima kasih!

Kita

Aku selalunya yakin

Bahawa kau tetap kan selalu ada
Membawa pergi gusar
Mengirim kata cinta
Membawa senyum bahagia.

Aku selalunya yakin

Cerita tentang kita dua
masa dan impian

Aku selalunya yakin

Bahawa gelak tanda cawa kita
yang terkadang bersulam tipu dusta

Aku selalunya yakin

Cerita kita ini kan tetap selalu ada
Bila kau dan aku adalah sama.
terima kasih!

Selasa, 12 Februari 2013

Langkah Baru (The Duo Writer's)

Bangkit dari silap
Belajar dari khilaf

Langkah diatur mula
Tinggalkan segala luka
Biar parut masih tampak di dada
Tetap gagah bangkit semula

Langkah baru
Langkah aku 
Semoga Tuhan kan sentiasa ada dengan ku

Ini jalan yang aku tuju
Ini jalan seni jiwa aku
Semoga kan sentiasa ada magis setiap aksara

Langkah baru
Rahsia kekal jadi rahsia
Sisi kedua aku buka

The Duo Writer's.

terima kasih!