Sabtu, 30 Mac 2013

Tuliskan Aku Serangkap Puisi

Tuliskan aku serangkap puisi 
Tentang rasa kita
Rasa-rasa yang menguliti jiwa
Yang mencari nada rindu
Menggomol pilu
Luahan kasih yang bersatu
Dan puisi ini sejujurnya
Untuk jiwa-jiwa yang lelah
Mahu menyatu
Tapi masih belum mampu
Percayalah
'Kan ada satu magis
Bahawa hadir cinta yang bersama hingga seusianya

terima kasih!

Jumaat, 29 Mac 2013

Balada lagu si Pemuisi

Subuh tadi dia lena didakap kabus pagi
Terasa nyaman,ditemani bau wangi embun
Walau ianya hanya sepotong khayalan
Tersedar ketika terik jerit kokok ayam

rasa rindu yang menyelinap masuk
menyentak sedikit
hanya sepotong doa dia tahmidkan
menemui rasa nada pagi tadi

Kalau bisa berbagi apa adanya
Terdahulu aku mahu cinta kita satu
dan demi ALLAH pastinya
bukan nafsu semata peredaran zaman

Mahuku
kamu menemani seusia cinta
bersama buku buku puisi
bersama lagu lagu
bersama kalam Tuhan agung petunjuk kita

Pada kamu
aku mahu temukan cahaya
memesan titip doa
moga segalanya dipermudah tuhan

ini balada nada rindu
balada pemuisi yang dipuisikan

Balada ini rentaknya sompek
dengan jiwa nya robek

tidak aku mahu membahas cinta
kerana aku belum temui siapa "kamu"
moga kan datang mengetuk hati
diizin Tuhan
kita langsungkan bersatu

dan balada lagu si pemuisi ini sebenarnya adalah balada lagu si pemuisi yang sedang remuk hati.



terima kasih!

Isnin, 25 Mac 2013

Rindu

rindu sedang berkepul kepul dalam jiwa aku,mohon lekas lekas kembali,aku tak betah merindu tiap hari.
terima kasih!

Ahad, 24 Mac 2013

Memoir Gadis Puisi.

Agak lama menyepi 
debu debu kecil melekat di sisi
puisi puisi yang dahulunya menemani
hampir saban hari
terlepas pandang hanya kerana satu impi

dah aku katakan
jiwa dan cinta aku pada puisi

mengejar dunia, lalu aku lelah
di penghujung nya
nyata lelah, jerih.
keringat yang tidak berilusi
menyedarkan aku

tak semua perkara kita mampu milik
tak semua perkara kita mampu kejar

apatah lagi bila sendiri

lalu aku putuskan
aku kembali ke kubikel kecil ini
aku simpan kan jiwa dan cinta aku
pada puisi puisi dusta ini

kubikel yang ajar aku erti jatuh bangun
mengenali dunia

terlampau jauh kaki melangkah
terlampau tinggi tangga impi aku daki
hingga terlupa
aku hanya gadis penuh puisi di jiwa
bukan pengarang cerita.


terima kasih!

Selasa, 12 Mac 2013

mantera

bingkisan ini tiada tempat tuju
mungkin kamu mungkin dia
aku kosong dan lopong

mantera habis dibaca
cinta tak juga ada
jadi aku putuskan
membawa pergi segala luka




terima kasih!

Memoir

Untuk kamu
yang belum berani cintai
Aku mahu ajarkan kamu erti
Apa rasa disayangi, apa rasa berbagi

kamu bisa pilih pilihan yang diberi
cuba mencintai atau berlalu pergi

Cinta tak menjadikan kamu gila
cuma kamu perlu percaya
bila rasa yang kita ada
kita serah saja pada DIA
percaya dia kan jaga

Tak mahu pinta lebih
Hanya mahukan cinta seusia kita
berhabis masa tua berdua
sesederhana mampu kita.



terima kasih!

Ahad, 10 Mac 2013

Memoir Kopi.

antara memoir yang mahal untuk aku
saat perkenalan kita.

antara kaliber kaliber yang menyentak jiwa
aku pilihkan kau
untuk berbahagi rasa

maaf jika cemburu
nyata aku tidak setenang kau mengawal rasa

jika memoir ini yang akhir
apa yang bisa aku sematkan

tak pantas untuk kau
atau aku hanya bersuka suka

sungguh
Tuhan punya cerita indah
sebagaimana dia hantar kau untuk KU

kalau ini dugaan
moga aku tetap kan tabah.

dan seperti selalunya
Tuhan kan sentiasa ada dengan kita kita.


=)


terima kasih!

Sabtu, 9 Mac 2013

Hadiah

Seleksi puisi puisi bakal menjadi mainan tidurmu
Aku tak petah menyanyi
tapi aku bisa bikinkan puisi

pari pari kecil yang diutus
melengkapkan segala rasa
rengsa yang ada ayoh dibuang segera

Galau yang berkocak hebat
aku biarkan hilang tanpa nikmat

di setiap nya pagi itu
ada kamu.

Tuhan selalu hantarkan hadiah buat aku belakangan ini.
makanya aku makin semakin sayang tentang jiwa yang mahal ini.




terima kasih!

Isnin, 4 Mac 2013

Kita Kita


Rindukan masa berdua
bila mana kita menjalin bahagia
menyulam kasih asmara
bagai dunia milik berdua

cinta itu yang namanya bahagia
cinta itu yang namanya derita
pilih satu ataupun tiada
mampukah hati kamu berbagi dia

menuju jalan hakiki
jalan indah lagi diredhai 
mengharap restu kasih jalinan suci
moga impian ini satu nan abadi



-originaly taken from my private blog-

terima kasih!

Pelangi 8 Warna.


Aku singkap langit hari ini,
Tiada tanda apa pun,
Aku kembali diam terpaku,
Berfikir-fikir apa seterusnya.

Awan gelap di seberang sana
ya di seberang jauh sana
ah bagaimana aku harus merentas masa
untuk sampai ke sana

Guruh bertempik
tandanya sudah tiba
aku masih mengharap
awan nimbus tadi akan ke sini
aku berdoa , mengharap.

Titik-titik kosong jernih,
mula menyentuh pipi kesayangan
bibir kini menguntum senyum

Ya aku ini kurang siuman
duduk di balik hujan
membiarkan zarah-zarah halus ,
menyentuh dingin tubuhku

--sikit masa lagi, sebentar saja lagi.

Awan berarak ke sebelah selatan sana
muncul matahari malas menyinari
dan aku mendongak

PELANGI LAPAN WARNA
aku tunggu telah muncul
cantik kan?
indah kan?

berbaloi aku tunggu langit menangis hari ini,
kerna aku jumpa warna kelapan pelangi itu,
ya, warna paling indah pada aku,
warna yang hanya terbias sedikit sahaja

kalau kau percaya
maknanya kau sama gila





- originally copy from my private blog, niagadisitu.-

terima kasih!

Jumaat, 1 Mac 2013

Kaca


Gong dipalu
Tanda ada setuju

Dalam kejauhan
aku sedang mencari
cuba bangkit lagi
berdiri kembali

Kita adalah satu
dari jiwa yang sedang berkasih

Maaf
kasih yang pernah utuh teguh
bukan lagi untuk mu

nak galau sedang berantakan
serpih kaca sedang bertabur
luka di tangan sedang terasa
pedih tak sepedih apa aku rasa

darah mengalir pekat
deras gugur air mata





masih lagi aku rapuh .
terima kasih!