Selasa, 27 November 2012

Tiap Tenang

Pada setiap tenang aku itu
Ada biasan cemburu
Pada setiap redup pandangan aku 
Ada jatuh kasih buat kamu

Walau kita tak meluahkan rasa
Aku pasti kau juga rasa yang sama
Tentang hari kita
Yang semakin indah bersama

Pada tiap waktu yang aku tunggu
Aku selalu berdoa kan ada ceritera kita
Yang bakal kau ucap hanya padaku
Walau cuma sebaris kata

Selagi ada kau
Maka tercipta senyum aku
Selagi ada aku
Maka aku kan selalu dengarkan kamu

Cuba
Kau rasa detak hati tika baca puisi ini
Apa ada getar yang kau rasai?
yang aku ini bicara tentang diri kamu.








Ezra, :) 
 

terima kasih!

Jumaat, 23 November 2012

Sayang, Jangan Pulang. (untuk BJSeremban)

Kanvas Putih

Tarikh yang sama
Seperti dua tahun lepas
Disini, pasar seni
Yang jadi titik mula cerita kami

Dia belikan aku kanvas putih
Dia belikan aku set warna
Katanya, lukis apa aku mahu

Aku selalu lukis potret dia
Aku selalu lukis tenang dia
Aku selalu lukis senyum dia
Aku selalu lukis kacak dia

Aku tak perlukan warna
Biar kanvas putih ini begini
Hanya hitam putih menemani
Bagai klasik nostalgia kenangan kami.
terima kasih!

Ego

Sempit dada dihimpit rasa
Rindu yang bertandang menjengah pintu
Tak diundang tetap jua datang
Nak diluah, Ego teratas dahulu

Bungkam
Rela diam dari mengungkap

EZRA

terima kasih!

Langkah

Aku cuma mampu perhati
Kau yang melangkah pergi
Hendak ditahan terasa gundah
Hendak dibiar, pahit menerjah

Andai kau berpaling semula
Pasti jelas kau lihat air mata
Andai saja kau mendekat
Pasti kau dengar sendu pekat

Tapi, kau memilih untuk tidak
kerana kau tahu apa sudahnya 
jika kau berpaling semula

Aku tak akan lepas pegangan itu
Aku cuba genggam rapat erat
biar
biar
walau terpaksa kau berbahagi rasa.

Betapa mudah aku kehilangan kau
Dan malam itu aku lelap berteman bau kau


EZRA NIYA


terima kasih!

Rabu, 21 November 2012

Akhir Kata

Keputusan untuk berhenti seketika dari menulis dibuat setelah sekian lama berfikir, bukan berhenti, cuma mungkin mengurangkan projek-projek. Maaf pada yang aku telah berjanji untuk siapkan Kapal Terbang Kertas,mungkin tertangguh lagi sekali, aku still dalam group utama yang mula-mula bawa aku ke dalam dunia penulisan, kemudian komitment aku pada satu lagi group juga masih aku utamakan,. Keputusan yang tak terlalu mendadak sebab aku sudah tanyakan beberapa kenalan yang rapat. Keputusan yang agak berat, sebab puisi dan tulisan adalah jiwa aku, cuma terkadang kita perlu ruang seketika. Blog ini tak akan ditutup atau diprivasikan, masih ada jika kalian mahu baca, dan terima kasih menjadi semangat dan menyokong setiap puisi patah aku.

Semenjak dua, aku terlalu sibuk dengan kerja harian, dan terkadang mencari waktu sendiri, rindu untuk menulis puisi-puisi seperti dulu, kekangan masa menjadi penghalang, tapi aku tetap juga menulis dua ayat puisi di twitter.

Aku rindukan seseorang.
dan aku tak tahu nak nyatakan rasa rindu ini bagaimana.
yang aku tahu dia seorang yang minat puisi aku
yang menyokong segala karya aku.
dan aku tahu dia baca ini.
mmwa.

Pertemuan dengan cherry blossom benar meninggalkan kesan pada aku untuk kali ini, tapi aku memilih untuk tidak cerita pada sesiapa, walaupun aku bertuah punya mereka yang sudi meminjam telinga dengar tangis,keluh, esak aku. cuma kali ini aku penat, dan aku cuba telan sendiri. Pejam mata dan aku ingat semula bagaimana cerita kami bermula. Hanya sekadar kawan asing pada aku mulanya, tapi dia cukup ramah ambil hati aku, dan aku tak mungkin akan lupa, bila dia perkenalkan diri sebagai Qays, dan dia memanggil aku ophelia, bila aku  tanyakan kenapa, dia bilang watak apa yang aku sudah lupa. Dia pernah bacakan aku puisi, puisi tentang perempuan yang patah hati.Aku cuba menulis ini semua tanpa mengalirkan air mata,
setelah beberapa pertegkaran berlaku, aku mohon untuk berjumpa, aku tahu ada tarikan tentang dia, dan aku bersungguh mengajak. Dan kemudian nya dia katakan ya. Kali pertama, baju putih, seluar coklat, bertopi, di bawah pohon menunggu aku. Ya dia. Senyum yang aku ukir tak lekang, terus aku sapa, mungkin aku memang begini, mudah mesra, mudah senang, dan mudah manja. Aku tarik lengan dia, kesana kemari, hingga aku sedar, pertemuan ini buat aku mahu tahu siapa lelaki misteri ini. Pertemuan kedua, pertemuan yang mengilhamkan nama cherry blossom yang tercetus idea cerpen yang menarik hati sebilangan orang pada yang tahu aku cuma tahu hasilkan puisi bukan sebuah cerpen yang bagus. Pertemuan Ketiga, dan Keempat minggu lepas. Persamaan nya sama, setiap kali pertemuan, akan ada gaduh,sindir, maki. dan akan berakhir dengan esak tangis aku yang melaju membasahi pipi, dan dia tenang memujuk dan lepas itu bermula senda gurau kembali. Aku ceritakan pada Aliazwa, fairygodmother paling kejam yang sayang aku lebih dari org lain, dan ali tahu betapa dalam cinta dan sayang aku. Dia beza. Kali terakhir kami bermsg, ada gaduh di hujung nya, dan aku seperti biasa, akan memujuk keesokan, kerana aku takut kehilangan. Aku cuma berharap dia akan baca apa yang tertulis ini, aku sengaja nangis, aku mahu kau peduli aku. aku sengaja marah kerna kau tahu kau kesah, aku sengaja diam kerna aku tahu kau juga sayang. Kau ego, aku ego. Aku suka lihat kau senyum, aku suka kacau kau bila kau sedang menung, aku suka bila kau mula bengang. dan aku tak lupa bila kau cium dahi aku. Aku selalu menangis bila kita mahu berpisah, dan kau akan bilang, selagi mana aku mahu, kita tetap begini, selagi mana aku perlu, kita tetap berjumpa. sebolehnya aku tak suka menoleh pada kau, kerana ada air mata yang turun. Aku rindu. dan aku hanya mahu kau tahu, terkadang aku buat apa saja hanya kerana kau.


Bila kita bersedia memaafkan orang lain kita akan tenang, ya dan apa aku buat, memaafkan anis nabila adalah sesuatu yang cukup aku bahagia. aku terima dia sebagai kawan, dan dia juga. Kadang-kadang bila aku lihat, kebanyakan kawan-kawan aku sering berkait, tak kira lah dia penulis atau yang aku kenal di laman maya. berkait dan aku kadang tak boleh lari. jadi bila ikhlas itu datang, aku segera menguntum senyum yang bukan palsu.

"I know u well niya
jangan takut untuk express siapa kau sebenarnya
jangan sorok kesakitakn dengan gelak tawa kau
jangan sorok kemarahan dengan kebaikan
kadang2 kau perlu tunjuk supaya orang tak pijak kau "
- Ain Ibrahim, also known as my twin-

Dia diantara salah satu yang rapat dengan aku selain lyne, nana,nabila,zahari, and rest. Gelak aku yang dia dapat baca tentang lukanya aku, sakit aku yang dia dapat tahu, Jujur aku katakan, bila dengan kawan-kawan yang membahagiakan, aku sedaya upaya mengutip bahagia yang dibahagi sama rata. Mereka sentiasa ada, cuma terkadang aku yang menjauh. terkadang terasa beban, kadang terasa macam2.
Aku bertuah dan aku bersyukur, Tuhan selalu hantarkan kawan-kawan yang baik untuk aku, yang selalu melindungi aku, yang selalu menjaga menyayangi aku. Kadang aku belajar untuk tak terlalu bergantung dengan mereka, sebab aku pikir, kalau satu hari nanti idtakdirkan aku sendirian , tak kah aku hilang arah?
tapi aku tak mampu, bila aku mula jatuh, akan ada tangan yang sentiasa menghulur untuk jalan bersama, akan ada yang datang melindungi, akan ada yang datang menemani perjalanan aku. ya aku tahu, aku sangat bertuah dikelilingi kawan-kawan begini.

"kau tabah, kau jatuh, aku sebagai kawan,
aku nak tarik kau untuk kita jalan sama-sama
aku tak tinggal kau untuk kau bangun sendiri
kau ada orang yang lagi hebat sayang kau
apa2, aku ada untuk kau"
- Fairygodmother gua (ali)-

Ezra.
Dua minggu lepas, aku ambil keputusan tukar nama facebook dan twitter, aku pilih Irza Ezra . dan sudah tentu ramai bertanya, siapa. Kerana setiap orang kenal aku sebagai Niya, dan Ain. dan bila aku secara tiba-tiba mengubah. Aku tak punya jawapan yang khusus untuk nama Ezra. Yang aku tahu, bangun dari tidur, aku sudah tukar setting, dan Irza Ezra terlintas. Aku cuma mahu memadam sedikit kenangan, entah. yang pasti nama yang ditukar tak semesti ada yang berubah. Tetap juga nama panggilan aku Niya.

Aku tak punya jawapan tentang persoalan yang aku sendiri tak tahu nak susun ayat bagaimana. Aku cuma tahu, aku perlukan ruang seketika. Gelak tawa yang aku cipta terkadang terasa sunyi, aku sunyi dalam ramai. Walaupun kawan-kawan rapat disisi yang tak lekang hadir di tiap-tiap hari. Terima kasih untuk yang memahami yang selalu menjadi tempat aku meluahkan segala . Yang selalu memujuk tangis aku dengan lawak-lawak gila.

Tentang kesihatan. aku cuma mahu normal, biasa. aku tak suka bicara tentang isu kesihatan, jadi anggap saja aku sihat seperti kalian.

Keputusan kali ini, kadang-kadang agak berat. Tapi bila memikirkan , mungkin ada baiknya. Seperti permulaan ayat aku diatas, Tumblr aku mungkin sampai disitu sahaja, blog ini aku tak pasti, tapi aku tak akan tutup atau  privasi, aku tahu akan ada yang buka bila rindu, kan? =) , untuk komrad yang aku bernaung, aku masih bagi komitmen sepenuhnya, untuk secara langsung dan tidak, jika aku perlu menulis, aku akan cuba hantar karya. Untuk manuskrip dan zine sendiri, mungkin tahun depan aku pikir semula.


sincerely
The Broken Winged Angel,



always love
-Ayintology-lyne-nana-nabila-zahari-fadh adriana-zaffran-pakwe utagha-fairygodmother-kak para-dak aleen-hapis m -amransyah -ezan-faghah-asip-auni-aredle-gaban-fyza-ren-nazz-asyraf-run-mellyana-maman-azhar -Faz -anith- yaya -ojin -alia   dan lain-lain.


untuk satu satunya lelaki sigar ceri.
aku tak punya kata akhir,
kau sendiri tahu.

-
terima kasih!

Ahad, 4 November 2012

Moga- Moga

buruk orang kita nampak
dah nampak dicanang pulak

buruk sendiri tak cari
yang baik la diri sendiri

sudah lah cari kesalahan
sudalah membandingkan
sudahlah sibuk perihal orang

jahit tepi kain sendiri dulu
baru sibuk kain orang lain

cuba diri sendiri yang kena canang
amarah bukan kepalang
kan?

tutup yang palsu
buka yang perlu
aib orang kita jaga
moga aib kita orang tak jaja

terima kasih!