Selasa, 14 Mei 2013

Awan

awan
cantik dipandang
indah dirakam
putih kapas kepul kepul tergantung
berpaksi kan emosi
bila sedih berubah kelam warna
gelap berat meruntuh angkasa
rintik rintik kasar menangisi bumi
dingin pada yang perlu
Dan apabila riang
teriknya memancar ke segenap ruang
memberikan sinar pada yg perlu
dan jadilah kamu seperti awan
kompleks tapi sedia ada dalam segala rasa. 

gula gula kapas dilangit saya
kini berubah warna.
cubalah teka. 
:)




N wassap S :-terinspirasi dari kamu. =)
terima kasih!

Isnin, 13 Mei 2013

Diam

sayu hati
kisah lama tersingkap kembali,
di layar minda nan sepi


mengapa kau dtg kembali
menghambat rasa yang tak terperi
mengundang rasa gundah sayu hati ini


aku ini yang kau campakkan
aku ini yang kau hambakan
aku ini yang kau palingkan


aku rindu kenangan kita
aku rindu impian kita
tapi kerana kau,
aku buang campak jauh2 tentang kita.
diam tak bersuara


tolong
aku pohon,aku pinta
pergi jauh.


tinta ini bukan kerana aku rindukan kamu
tapi kerana hati ini sayu terkenang masa lalu.


-original copy from,niagadisitu.blogspot.com-

terima kasih!

Khamis, 2 Mei 2013

Biar sekadar cuma

biar sedikit tapi tak menikam depan
biar sedikit tapi rapat ke nyawa
biar sedikit sanggup berkongsi duka bukan hanya ketawa bersama
biar sedikit asalkan tak berkira mengungkit

biar sekadar yang ada sekarang
tak perlu seperti dulu
ramai tapi seronok menikam tabur 

biar sekadar ada
aku sudah cukup bahagia

walau ada yang celaka nya,cakap lepas nya,puakanya,garang nya,tegasnya. tapi cukup.
dengarkan aku,manjai aku,dengar tangis aku,selesaikan masalah aku,

cukup
dan Terima kasih Tuhan
tentang hidup dan hadiah hadiah yg sering kau kirimkan.

selamat malam
dan moga kalian masih cukup bilangan nya tak kurang satu mahupun dua kerana aku sudah semat di jiwa tentang "kita"



Niya Adriane
1213 malam
Bentong.

terima kasih!