Jumaat, 29 Jun 2012

Terpaksa

Tak mudah nak lupa
Tak mudah juga nak buang rasa
Tapi apakan daya
Bila kita semakin terpaksa
Dan tak ada cara

niyadriane

terima kasih!

Isnin, 25 Jun 2012

kadang-kadang

Kadang - kadang aku selalu berharap
berharap yang apa aku rancang akan jadi

kadang-kadang aku selalu abaikan rasa
berharap aku mampu tutup luka

tapi sebab kadang-kadang itu jugak buat aku sakit

aku rindu nak jumpa kau
aku rindu bau kau
aku rindu nak bergurau senda dengan kau

tapi bila kau kata TAK
aku rasa macam ada batu yang dilontar
berderai pecah
hancur bersepai

itu aku rasa sekarang.
terima kasih.
terima kasih!

Khamis, 21 Jun 2012

cerita kita.

bila separuh jiwa pergi,
rasa mati kan?

bila air mata
tak kering langsung di pipi

bila kau cuba untuk padam semua memori
tapi kau tak punya daya
kau tak kuat

bukan
bukan
bukan tak kuat
tapi hati.

Hati kau tak nak lepaskan.

bila dalam hari hari yang kau lalui
kau rasa hati kau makin rapuh
diri kau makin hilang terbang
makanya kau sudah tidak punya rasa lagi.

separuh jiwa aku sedang pergi
meninggalkan kau yang sedang meratapi.


air mata,
berhenti mengalir.
tolong.

masih menitis tanpa henti.

terima kasih!

Jumaat, 15 Jun 2012

Kenangan

Terjaga dari mimpi yang panjang
Baru ku sedar ini sebuah anganan
Angan yang buat aku terbang jauh
Jauh dari realiti.

Baru aku sedar ini hanya satu permainan
Dan aku terperangkap jauh
Hingga tak sedar mana hak mana benar.



terima kasih!

Selasa, 12 Jun 2012

:: Cherry Blossom ::

Kegilaan aku masa kini adalah dia, ya dia. penghisap sigaret berperisa cherry.
mari aku ceritakan apa yang aku gilakan.

Kelmarin malam, aku mimpi bertemu seorang lelaki yang tinggi nya melepasi bahu aku, dengan kulit agak putih, seakan anak cina.Dia mengajak aku berbual, kami duduk di tangga berhampiran bangunan kediaman dia.
Saat itu, dia tanyakan aku, " apa yang buat aku tertarik pada seorang lelaki".
Jawab aku, aku tak perlukan lelaki yang rupa paras nya menarik, itu tak penting, tapi bagi aku,
aku mahu lihat hati dia dulu.
Dia diam,

Dia bukakan setin pepsi untuk aku, aku sambut. Aku minum seteguk, lalu aku serahkan kembali pada dia,
dia minum di takuk yang sama, aku diam cuma mengukir senyum dan buang pandang ke jalan.
Suasana jadi diam, hanya terdengar angin, bunyi kenderaan lalu lalang, aku pandang dia,
dia yang kini termenung, menungkan tin pepsi ditangan.

" jauh sangat kau menung, tembus nanti tin tu. bocor pula", tegur aku.

" tak boleh ke, biarlah", dan dia meneguk.

Aku diam, tak membantah tak pula setuju. Serakan angin makin kuat, rambut dia kini ikut berterbangan, lalu dia ambil topi, dan kenakan , agar tak serabut. Sempat juga aku mengomel." Panjang benar rambut, kalah rambut aku tahu". Dia seperti biasa, hanya mengukir senyum.

Dia keluarkan sekotak rokok, tapi agak halus kotak nya. Aku minta lihat, dan dia suakan pada aku.

" Perasa cherry, pernah dengar?"

Aku angguk perlahan, dan dia keluarkan sebatang rokok, dan kemudian aku ambil dari dia. Dia agak terkejut,
" nak buat  apa, bak sini bagi aku"

" aku nak bau je, boleh? nak isap jugak"

" jangan nak mengada lah, tak elok ."

Rokok bertukar tangan, terus dinyalakan.. isap dalam-dalam... kepulan asap dilepaskan jauhjauh. serentak bau ceri disekeliling aku.Dan saat itu, aku suka bau itu. Asap itu kemudian nya, makin tebal, dan tebal.
Aku terjaga dari mimpi.

Tapi, ada bau ceri yang melekat di pipi dan tangan.
aku tersenyum.

dan aku sangat rindukan dia, lelaki bersigaret ceri yang aku namakan "cherry blossom",

"Yang namanya Cherry tu selalunya indah dan manis bukan.
Tapi cherry blossom kali ni benar-benar memikat aku.
Kerana ada sesuatu tentang dia."

"Dia
sekotak dunhill merah
sekotak sigaret perisa cherry
sepasang mata yang kuyu
senyuman yang diukir bila aku rajuk
pujukan lembut dari dia.
Dan hari ini aku rindukan dia. 
Moga Tuhan izinkan aku ketemu lagi."

terima kasih!

Selasa, 5 Jun 2012

Puisi kau dan aku

"kau biar tergantung, 
aku pula mahu penghujung. 
Hari itu kita duduk berdua,
di bangku putih ditaman,
bicara kau tentang angan dan impian,
bicara aku tentang mimpi dan harapan. 

Beza,
bila mana kau sendiri tak mahu mengukir janji, 
dan aku pula tidak minta kau melukis mimpi 

moga satu hari,kita satu,walau hanya dalam mimpi yang tak pernah kita layari. " 

terima kasih!

Kapal Terbang Kertas

"aku lipat kertas-kertas puisi tadi, 
lalu aku bentukkan kapal terbang kertas,
aku layangkan pada langit lepas,
moga Tuhan terima anganku. 

Kapal terbang kertas,
tentang rasa aku pada kamu,
yang seakan rimas,
tp dalam diam terus menyintaimu. 

Kalau aku layangkan beribu,
mohon salah satu darinya,
bisa melepasi hati kamu.

Kapal terbang kertas,
dari jiwa,untuk kamu. "

terima kasih!

Isnin, 4 Jun 2012

:: Arjuna Khayalan ::


Aku menunggu mendung tiba lagi, moga arjuna tadi menyapa aku kembali, seperti pertemuan pertama kami.

---------

Lewat petang kelmarin, aku jenguk keluar tingkap, hari mendung tak berapa sejuk tapi tak pula panas,
sekadar suhunya sedang-sedang saja, jam menunjukkan 3.45 petang, aku bosan duduk di rumah,
Rak bacaan yang hampir sama tinggi dengan almari baju itu juga, sudah hampir habis aku khatam semuanya.
kalau diulang baca lagi, mungkin aku sudah mampu menceritakan kembali pula.

Tiba-tiba kabus agak tebal, seperti pagi hari.Bulu roma aku berdiri, seram sejuk juga, jangan 
bilang ini ada kaitan dengan entiti.Cermin tingkap aku seakan diketuk, bunyi agak jelas di telinga,
apa mungkin imaginasi aku?

"tok, tok, tok"

makin jelas, aku beranikan diri, bangun dari kerusi, menghampiri tingkap.

*CAK*

Daun tingkap terbuka,dan berdiri seorang lelaki dewasa yang di celah ketiaknya bersayap.
aku bermimpi?
Aku terkedu buat beberapa ketika, tapi dia masih tersenyum seperti ada yang lucu.

*jom ikut aku, mahu? kita ke bumbung atas rumah kamu" - belum sempat aku beri jawapan, 
aku terasa diri aku sudah di layangan, aku terbang bersama dia.dan berlabuh di atas bumbung rumah 
sendiri. Aku terasa ini mimpi.ini mimpi.

*menung apa, jauh sangat, sampai negara mana dah?"

aku terkesima, sikit lagi aku mahu jatuh, tapi tangan dia cepat menarik lengan aku.

*cuba lah duduk diam-diam, kau ni, kalau jatuh nanti macam mana."

aku pandang dia tanpa berkedip, ya aku masih pelik, dia ini apa sebenarnya.
bagai membaca fikiran aku,dia berkata.

"jangan lah pelik sangat muka tu, aku bukan hantu pon, aku datang nak ajak kau bersembang,
mahu tak jadi kawan aku? Aku Arjuna. "

aku masih diam, tapi salam dia aku balas sekilas namaku terpacul dari mulut dia,

"x apalah adrina, kalau tak mahu, aku pulang dahulu"

entah apa yang aku fikir, 
aku menegah.

"Jangan lah, duduk dengan aku"
aku nampak dia senyum.

Arjuna,hitam manis kulit nya, tinggi, agak sasa bidang nya, kaki dia nampak panjang, tapi tadi tak 
silap aku, aku lihat ada sayap antara celah ketiak dia, tapi sekarang tidak ada.Arjuna berbau wangi,
seakan bau bunga-bungaan yang diadun sedikit dengan getah kayu, tak begitu kerasa tak begitu lembut,
sedang saja. Tak kan pula dia ini bidadari. ahhhahahah.. lucu pula.

"apa yang seronok sgt tenung dan senyum sorang-sorang tengok aku ni?"

" Tak ada, aku sedang mimpi jumpa bidadari atau aku sedang berkhayal tentang peterpan?" tanya aku.

"kau ni, nanti aku kata bengap marah.. bidadari tu perempuan, aku ni lelaki tampan. haih"

ceh, boleh tahan perasan dia ni.

"Adrina, aku datang kemari ada sebab, bukan sengaja. Aku datang dari akal kau juga. kalau kau percaya
aku masih disini, kalau kau tak percaya, aku akan hilang, pilihan di tangan kau, bukan aku."

ya, lewat kebelakangan ini aku selalu berangan tentang bidadari, tapi kenapa pula lelaki yang muncul?
haih, aku sudah tak enak, aku mahu tahu kenapa dia kemari, jadi aku percaya dia memang wujud, 
ya seorang lelaki yang entah dari mana asalnya berdua dengan aku diatas bumbung rumah.

"Apa yang kau sedihkan sangat, dunia terlalu kejam untuk kau tangisi hari-hari kau, belajar bersyukur,
belajar terima hakikat, kadang-kadang tak semua benda yang kita mahukan, kita dapat. kalau kau 
mahu dewa cinta turun sekalipun, kalau dia orang yang salah untuk kau, tak kan kau nak tetap tunggu 
macam orang bodoh? cinta kau dipermainkan, kau mahu macam tu selamanya?
aku wujud dari fikiran kau, kau tak perlu bagi tahu, aku tahu apa yang ada, apa yang jadi. Terkadang,
aku muak dengar sendu tangis tak sudah kau. jalani hidup dengan biasa sudahlah, perlu apa ditangisi?
Apa kau tak rindu kehidupan kau dulu? Rina, tanpa dia pon kau masih boleh bergembira,
lalui segalanya dengan cara kau sendiri, hidup bukan sekadar tentang cinta. tapi hidup ini, 
kita yang warna kan, kita corak sendiri. Cuba kau corak dengan warna-warna terang, mesti indah, 
tapi kau memilih warna-warna suram, gelap hiasi hidup kau, apa nak jadi? sampai bila kau harus mcam ni?
Hari ni aku datang, esok lusa, atau kejap lagi, aku hilang, kau nak buat apa?"

air mata aku bergenang, terasa hati. ayat-ayat yang lembut tu pon bisa bikin aku sentap, apatah lagi ayat lain.
aku mula terasa tak selesa.Mula rasa sesak di dada, kolam air mata ni akan bila-bila masa pecah.


" Aku kemari bukan semata nak bebel dengan kau pon, aku cuma muak lihat kau menangis, muak lihat kau makin lemah dengan dunia semata, bangun lah, kau gadis, panjang lagi kehidupan yang bakal kau tempuh, tak kan selamanya begini, kesian sama orang yang prihatin di sekeliling kau.terbang tinggi-tinggi, kejar impian, kejar cita dan cinta. Aku tetap ada di sini, bila kau perlukan aku tahu"

serentak, dingin terasa dahi aku.dan dengan sekali pandang, dia hilang, aku turut diam, dunia gelap.
Bila aku bangun, aku dah pon berada di katil aku sendiri, di tapak tangan aku, aku lihat ada secebis kertas, dengan tulisan yang comel.

"Adrina,
pandang langit lepas
biarkan semua nya lemas
jangan hanyut dibawa arus
bangkit lawan, biar kemas

cinta tak semesti untuk kita
cinta tak semesti berdua
jauh mana ditinggalkan
berusaha lah, bangkit,bangun.
cekalkan hati.

kalau kau mahu aku datang lagi, pejamkan mata, maka aku akan ketuk tingkap yang sama, bila hari mendung dan berkabus, aku ini cinta dari akalan kau yang tak kan jauh dan hilang. 
Jaga diri sementara aku lihat kau di kejauhan.

- Arjuna-

hari tu, aku ukir senyuman dan berjanji tak akan ulangi kesakitan.
dan aku menjadi penunggu pula buat Arjuna khayalan.
biar,
asal aku bahagia.





**** ini percubaan aku untuk kispen, mohon komen.


terima kasih!