Ahad, 26 Jun 2011

hipokritasi


satu perkataan yang kau layangkan untuk aku
bila mana kau rasa aku yang mulakan segalanya

kau gelar aku pelakon pementasan
dengan tinta-tinta jiwa aku
kerana kau pernah simpati pada rasa aku
simpati dengan ranapnya aku

sudah aku bilang
aku ini sinis berkata.
aku ini lalang
jiwa aku mudah berubah

kotak jiwa aku , aku simpan dalam-dalam
aku tak izinkan kau sentuh
sebab rasa kau bukan ikhlas
tapi manis kata semata-mata

kau umpan perawan-perawan manis
dengan kata manis madu kau
bukan hanya aku yang terkena
tapi ada lagi jiwa yang kau palitkan

jadi aku ingin tanya
siapa yang hipokrit
siapa yang pelakon pementasan

tua kau hanya pada umur
tapi perwatakan kau umpama kanak hingusan

bilang lah pada dunia 
aku ini gadis yang hipokrit
yang memikat kau dahulu
aku pelakon pementasan 
aku biarkan
biarkan.
selama mana kau suka.

bukan aku seorang mangsa manisan kata kau
jadi nya siapa yang hipokrit?
aku, kau atau hantu?

aku ini hipokrit sinis dalam kata.

diam-
terima kasih!

dua


aku buang,campak jauh-jauhrasa ini.
biar mati.biar hilang.
pendam sampai jadi bungkam.
biar tak remuk hancur punah lagi.
buang nanah busuk
biar mengalir diserap
biar 
dan aku tetap terus biar

penat.sumpah aku penat
pejam mata.aku diam.
biar hati bungkam
berlagu nada gundah.

akan aku buang.
buang jauh-jauh

esok aku minta dilahirkan perasaan baru
biar hipokrit kata juga tubuh
biar hidup hipokrit dengan jiwa baru.
terima kasih!

layar lara


layar lama memutar minda
menyingkap sebuah nostalgia lama
suka berkait pula dengan duka
adakah aku kini masih lagi terluka??
harapan
hanya sebuah dari kisah lama aku
aku terlalu banyak mengharap
seperti gagak yang mahu terbang seiring dengan enggang
berharap pada suatu yang tak mungkin aku miliki

pedih jiwa
pedih hati
luka rasa
berdarah tak berwarna

aku tutup cerita lama
aku kuburkan bersama dia
tak mahu berharap menanti yang sia-sia
harapan palsu janji belum lagi dikota.
terima kasih!

sayang


sayang
maafkan aku
aku ini manis berkata
tanpa kau sedari kau jatuh cinta
sayang
aku lupa
kita jauh berbeda
ada garis yang memisahkan jiwa kita

sayang
bukan niat untuk bermula
tapi aku hanya layangkan picisan jiwa
tanpa aku sedar kau mula mengharap pada satu cinta

sayang
berat aku luahkan
tak terdaya aku nyatakan

aku ini kosong
aku ini manis
jangan berharap dengan jiwa aku
kerana aku telah pun jeruk hati aku untuk dia seorang
maaf dari jiwa kosong aku
kerana buat kau mengharap kasih tulus aku.

maaf.
terima kasih!

Penagih


Aku tunggu
melekat disini
bagai kutu parasit tak mahu melepaskan

siang aku jatuh cinta pada tubuh itu
malam aku jadi benci pada dia

menggamit fajar pagi datang menyapa
supaya aku bisa jatuh cinta
aku x mahu lembayung senja datang
kerana aku tahu aku akan segera membenci

matahari datang bawa sayang
malam datang bagai burung hantu membenci
susah, payah, penat jadi jiwa ini

tolong aku, buang rasa mengada-ngada
supaya aku terus tetap ada rasa cinta
tanpa perlu ada rasa kedua di dalam dada
yang cuma akan menukarkan perwatakan aku kepada dua
terima kasih!

Topeng

TOPENG

tarik
rentap
koyak
topeng itu
biar tersentak wajah itu

dia ada dua muka
entah yang mana benar
entah yang mana bohong
cakapnya polos, tapi gayanya licik

cabut topeng itu
buang jauh
dari helah daya personaliti kamu
terima kasih!

Jasad

JASAD .

Remang senja berlabuh di ufuk sana
malam kian memunculkan wajah
aku tetap duduk bertinggu di sini
menatap cermin bingkai usang kian sompek

jari lembut menari-nari di pipi
turun ke pangkal leher
berhenti sejenak di dada
rasa.rasa degupan irama jantung

satu roh, punyai dua jiwa
personaliti yang buat aku gelisah
buat aku takut dengan dunia

aku sendiri gentar dengan diri aku
punyai dua watak harian yang berbeda rupa
tapi aku ini rohnya satu

tika fajar terbit esok
aku bangkit
melihat awan lepas
memikir kemana arah tuju watak dua aku ini.

siapa aku?
jasad satu, roh satu, wataknya dua.
terima kasih!

pari-pari

Pejam mata
Pari- Pari
boleh aku minta satu kehidupan lain
aku mahukan kehidupan umpama cerita dongeng

di mana ada puteri yang hidup terabai
arakian datang pula putera sempurna ada,
lalu hidup bahagia keduanya 
seperti dunia ini empunya mereka

Pari-Pari
wujudkah kau
wujudkah cinta kekal abadi seperti puteri putera tadi

Pari-pari
benarkah kau punyai magis
bisa memberikan kebahagiaan 
seperti cerita yang aku tonton dahulu
hanya meminta-minta pada kau

Pari-pari
kemana kau hilang
pari-pari
diam.

rupanya kau juga bayangan halusinasi 
yang merasuk jiwa kanak-kanak kecil
bila mana mereka percaya

lembayung senja kelihatan jingga di kaki ufuk sana
tiada lagi halusinasi pari-pari tadi
tiada lagi imaginasi putera puteri tadi
aku kembali ke duniawi realiti
terima kasih!

hero

bagai ada mata tajam yang memerhati
sesusuk tubuh yang disirami cahaya mentari
bagaikan tahu isi hati yang sedang celaru ini
mengharap datang dia sebagai pengubat rintihan ini

kita datang dari dunia yang berbeza
mencari erti hidup yang nyata realiti
kau dan aku kita berdua
bersama mengejar mimpi yang pasti

berjuta bintang di galaksi
tak ada satu yang bisa merangkul manja aku
berjuta hari aku menunggu satu yang pasti
akhirnya kita bersatu dalam satu

kau "superhero" terindah milik aku
yang bisa buat jiwa aku luluh,gembira, sepi
kau "superhero" terhebat
dalam memujuk aku
kau "superhero" yang Allah hantarkan 
memimpin aku ke jalan yang benar

ayahanda,bonda.
saya kini punya "superhero"
senyum--
terima kasih!

triodate

sayang
bila mana kau mula tunjuk keihklasan kau
akan hadir satu kepercayaan dalam diri aku.
terbit rasa sayang pada kau.

sayang
berkali aku kata
aku ini tamak
aku ini haloba

sayang
sekali kau hulur persahabatan
sampai bila aku jaga
sampai bila aku sayang

sayang
jangan kau tikam aku dengan belati tajam 
lidah penipu kau
kerana sekali aku benci
selamanya aku buat kau mati.

sayang
kau sahabat terindah aku miliki.

-khas triodate patner -
terima kasih!

benci

aku benci
aku rasa mahu toreh-toreh
hiris kecil siat-siat
biar berdarah merah pekat

aku benci
bila mana kau guna ayat manis masin kau
semata untuk berkawan dengan aku.

aku benci
bila kau gunakan perasaan untuk dekati aku.

aku benci bila mana 
kau buang aku ketepi

aku sakit
aku benci
dan aku mahu satu hari kau rasa apa aku rasa
terima kasih!

sahabat

sahabat.
datang dan pergi

sahabat
ada macam bayang-bayang

dia tetap disitu
memerhati, menghulurkan tangan bila kita jatuh.

sahabat
tak perlu hadiah mahal, tak perlu wang ringgit.
cukup dengan keihklasan kasih sayang.

sahabat 
kerana ALLAH.
terima kasih!

tutup mata

bila aku mula menutup mata
aku selalu bayangkan aku di dimensi lain
dimensi yang aku namakan dunia khayalan sementara
dunia fantasi dongeng 

biar aku dikata kurang waras
tapi aku tetap dengan khayalan ini
khayalan yang bawa aku ke dunia ini
dunia yang hanya ada aku

jangan
aku pinta, jangan kejut aku
aku tak mahu ke dunia aku kembali
biarkan aku disini
hidup bersama kisah dongeng 
yang membahagiakan.
terima kasih!

dongeng 2

aku cipta ilusi sendiri 
melalui khayalan merasuk diri
ilusi yang pada aku benar-benar realiti.

jangan kau ganggu ilusi aku ini
jangan kau minta aku berhenti

biar aku jadi cinderella walau sekejap cuma
aku bahagia dengan dunia fantasi ini
sempurna rupa indah untuk dicerita

ini ceritera aku
ini ilusi aku
ini kisah dongeng aku
terima kasih!

dongeng

waktu kecilnya aku dulu,
sering kali aku diberi,
kisah dongeng puteri kayangan
selalu jadi teman
dikala mahu beradu,
kadang2 di waktu senggang.

puteri itu cantik rupa
hidup serba sempurna
indah di kayangan atas sana
di samping putera tercinta

semakin usia menginjak titian dewasa
jiwa aku mula goyah
apa benar kisah dongeng itu ada
apa benar puteri cantik rupa
hidup indah bersama putera??
diam.

apa wujud di alam realiti
yang serba kejam macam-macam?
atau benar, itu cuma ilusi dongeng
khayalan minda.
terima kasih!