aku ini bodoh ,tolol kata bonda
aku ni pembawa malang
aku ni hanya beban keluarga
makanan aku cuma caci maki
tak pernah ada kasih sayang
diam---
aku biarkan
aku relakan
aku tahu
kasih bonda pada aku tetap utuh
dalam rawan bonda paling dalam
mesti bonda ada sekelumit sayang pada aku
aku tak berdendam pada bonda
ya...aku terlalu sayang pada bonda
biar aku yang dikeji, biar aku dimaki
tempat bonda tetap yang tertinggi
tapi
jangan sesiapa sakiti bonda..
jangan.
kerana bonda nyawa aku.
bonda
semoga satu hari
aku dapat cium bonda
semoga satu hari bibir bonda menguntum senyum untuk aku
aku tunggu keajaiban itu bonda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan