Jumaat, 11 Januari 2013

Di bawah paksi

Bercakap dengan kau umpama aku bercakap seorang diri, yang aku pasti mata kau tepat merenung aku ketika aku sedang leka bercerita itu ini, dan kau diam fokuskan aku, dan bila aku rajuk, kau pasti bilang kau dengar, dan betapa aku suka bila kau boleh mengulang setiap bait kata aku semula.

Berpaksi dengan aras paling gila, kita berdua bermimpi menuju angkasa, mahu beradu di galaksi sana, apa kau dan aku sudah gila? mabuk disinggah asmara cinta, atau hanya kita melankoli dengan rasa?

soalnya nanti, bila aku pulang, kau akan lupa siapa aku. Dan aku sudah mula bosan untuk mengulangi segala nya untuk mendapat satu momen yang berharga untuk kita berdua.

sedang aku begini, yang aku pasti, rasa ini makin tawar dan hari demi hari yang aku gagahi, aku berjaya untuk tidak memikirkan kau walau sekecil zarah, dan aku biarkan jawapan jawapan aku mengecawakan kau, biar kali ini kau pula belajar mengejar.

nyata
tidak
kau tak mengejar
bahkan kau tak langsung cuba
sebaliknya kau berlalu pergi.

baiklah
kini kita berdua mati.
terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan