Isnin, 4 Mac 2013

Pelangi 8 Warna.


Aku singkap langit hari ini,
Tiada tanda apa pun,
Aku kembali diam terpaku,
Berfikir-fikir apa seterusnya.

Awan gelap di seberang sana
ya di seberang jauh sana
ah bagaimana aku harus merentas masa
untuk sampai ke sana

Guruh bertempik
tandanya sudah tiba
aku masih mengharap
awan nimbus tadi akan ke sini
aku berdoa , mengharap.

Titik-titik kosong jernih,
mula menyentuh pipi kesayangan
bibir kini menguntum senyum

Ya aku ini kurang siuman
duduk di balik hujan
membiarkan zarah-zarah halus ,
menyentuh dingin tubuhku

--sikit masa lagi, sebentar saja lagi.

Awan berarak ke sebelah selatan sana
muncul matahari malas menyinari
dan aku mendongak

PELANGI LAPAN WARNA
aku tunggu telah muncul
cantik kan?
indah kan?

berbaloi aku tunggu langit menangis hari ini,
kerna aku jumpa warna kelapan pelangi itu,
ya, warna paling indah pada aku,
warna yang hanya terbias sedikit sahaja

kalau kau percaya
maknanya kau sama gila





- originally copy from my private blog, niagadisitu.-

terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan