Ahad, 24 Mac 2013

Memoir Gadis Puisi.

Agak lama menyepi 
debu debu kecil melekat di sisi
puisi puisi yang dahulunya menemani
hampir saban hari
terlepas pandang hanya kerana satu impi

dah aku katakan
jiwa dan cinta aku pada puisi

mengejar dunia, lalu aku lelah
di penghujung nya
nyata lelah, jerih.
keringat yang tidak berilusi
menyedarkan aku

tak semua perkara kita mampu milik
tak semua perkara kita mampu kejar

apatah lagi bila sendiri

lalu aku putuskan
aku kembali ke kubikel kecil ini
aku simpan kan jiwa dan cinta aku
pada puisi puisi dusta ini

kubikel yang ajar aku erti jatuh bangun
mengenali dunia

terlampau jauh kaki melangkah
terlampau tinggi tangga impi aku daki
hingga terlupa
aku hanya gadis penuh puisi di jiwa
bukan pengarang cerita.


terima kasih!

2 ulasan:

  1. Gadis puisi bicaranya juga puisi.

    BalasPadam
  2. hendak menulis yang lain tidak betah, makanya puisi tetap dipilih mengait aksara.

    BalasPadam