Rabu, 10 April 2013

Sabar dan Berkah NYA.


Assalamualaikum.
Pejam celik pejam, dah pun minggu kedua April. April yang menyaksikan macam2 benda yang dah jadi, dari segi kerjaya,persahabatan dan perhubungan.
Alhamdullilah, setiap satu kesabaran yang aku ada, Tuhan balas dengan kebahagiaan berlipat ganda. Kadang Kadang tak percaya apa yang aku ada sekarang, hasil dari jatuh 2 tahun dulu, Betul kata orang, kalau Tuhan tarik sesuatu dari kita, dia akan kembalikan yang lebih baik. 
Sepanjang January - March , macam -macam dah jadi. 2013 menyaksikan langkah aku dalam dunia penulisan. Pembukaan tahun walaupun agak diselubungi sedih atas kehilangan arwah abang, tapi aku berjaya kawal dan atasi sikit2. terima kasih kawan kawan, kesayangans, mak abah, ibu dan keluarga arwah yang still ada. 
February, dipertemukan dengan Fad Ali secara tak sengaja dekat twitter dan bertukar minat ,dan terjadilah langkah seterusnya, dari kawan ke share partner. Wujud lah label baru “The Duo Writers ” tanpa dirancang. Alhamdullilah. Fad pun dikategorikan sebagai salah seorang yang rapat dengan aku sekarang, selain AliAzwa yang memang sentiasa ada. bab perhubungan sahabat ni aku tak nak cerita bebanyak, cukup aku dan orang2 yang sentiasa ada ini je.
Setelah setahun, Zine pertama sulung individu akhirnya berjaya jugak dikeluarkan, (cetakan terhad) . aku memilih untuk tak buat cetakan kedua. Zine Kapal Terbang Kertas di bawah label TREX PRESS, secara automatik Rapuh Hati dari Fad juga keluar. Alhamdullilah sambutan amatlah memberangsangkan.Terima kasih pada yang sudi beli, online mahupun by hand. paling terharu bila ada yang sanggup datang all the way from Subang - Bentong - mempaga, jumpa kat rumah aku dan ambil sendiri. Ini memang kategori penyokong dan semangat aku. Kterima kasih awak sebab selalu support moral.
March, Alhamdullilah sekali lagi. IWeep . kompilasi dari siri IRise The Chronologies siap dan sekaligus dijual. terima kasih lejenpress dan Qiez yang percaya bakat seni tulisan aku. terharu dan happy. tak tahu nak cakap cemana dah. Dilancarkan minggu ketiga March, di annexe gallery central market, sekaligus dengan event Art For Grab. kenangan dan momen yang aku tak kan lupa. lawak senanya, sebab aku malu berdiri depan orang ramai. Terima kasih Paan yang sudi teman hari tu, Fadh dan naemah yang dtg, Maman dan Jay Arc all the way dr Ipoh time tu. terima kasih sudi datang. terima kasih kawan2 twitter yang tak henti sokong. dan terima kasih semua.
Alhamdullilah, krisis lama dengan Qiez dulu dileraikan. Tuhan, terima kasih kembalikan persahabatan kami. aku tak tahu nak cakap cemana sebenarnya. tapi ada hikmah semua ni. dan aku senang hati, terima Qiez, tak pernah aku benci sebenarnya. biasa la dulu dulu punya cerita. semoga Tuhan jaga persahabatan kami.
Logo rasmi dan Card ” The Duo Writers” dah pun siap, terima kasih Caie yang sudi buatkan. terima kasih Saif yang sudi buat kufi khat. terima kasih kawan2 yang like page The Duo. terima kasih yang mendoakan.
Momen tunjuk buku IWeep dekat mak ngn abah, aku buktikan pada abah, apa aku buat selama ni ada hasil. dan ya mak abah restu aku menulis. Alhamdullilah. syukur. Perasaan nampak nama sendiri dekat kulit buku, dan dengan syarikat penerbitan agak berpengaruh , satu peluang yang aku tak pernah terfikir pun selama ini.
Tak pernah terlintas di hati nak jadi penulis, ada buku. cetakan nama di hadapan kulit buku, entah. Benda ni macam mimpi. Tapi Tuhan dah jalankan aku punya cerita hidup, tertulis rezeki aku dalam bidang penulisan. 
Sebab buku dan penulisan aku jumpa ramai orang, jumpa kawan kawan yang boleh sekepala, jumpa the duo aku sendiri, jumpa manusia2 yang selalunya ada. 
Syukur.
berkat “Tuhan itu selalu ada” .
Semoga sentiasa ada. 
Buat Sadeline Vateria, Leana Nuradila Faizura, Mazfahmi Marzuki, Nabila Mohd Kahar. Aku rindu kau orang. aku harap kau orang baca ni. walau kita makin jauh, aku tetap rindu kau orang. rindu nak peluk cium Lin, nak bergurau ngn Nana. rindu nak berebut katil dengan kau orang. ingat tak, Triodate partner tu kita sahaja yang ada? 
Moga Tuhan ketemukan kita semula.
rindu kita yang dulu. harap juga Tuhan jagakan semua aku ada sekarang. AliAzwa, Fad Ali, Asyraf, Adik, geng2 puaka, geng2 twitter yang gila. Kopi, dan ramai lagi manusia yang aku tahu sentiasa ada. 
Moga bulan mendatang, lebih kuat menjalani kehidupan. lebih kenal erti susah, moga tak meninggi diri, moga sentiasa menjadi Niya Adriane yang disenangi.
tak layak digelar penulis,masih banyak perlu belajar.moga sentiasa diizin Tuhan.

terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan