Ahad, 25 Mac 2012

:: Hipokritasi ::

Penat sebenarnya berpura-pura, menyusun gelak tawa bersama
Penat juga bila aku tak mampu nak kejar masa yang jauh tinggalkan aku dihadapan
Apa aku yang terlalu perlahana atau masa itu terlalu pantas untuk aku kejar,
sehinggakan aku jatuh tersadong sendirian lalu aku terkapai dalam jasad manusia yang rabak hina ini.

Rabak ini masih lagi berbaki, jahanam masih juga lagi disisi, bidadari patah sayap ini masih juga lagi sudi menemani jalani hari-hari yang serba hipokritasi. entah bila ia akan jadi realiti,bila senyum itu bukan lagi sekadar tarikan bibir yang palsu untuk diukir.

hancur., lebur pon, kalau dikhianati tak kan aku mahu berpaling lagi, mengutip kembali. cuma izinkan aku kutip serpihan hati yang berterabur tadi, untuk aku bawa pulang, cantumkan kembali biar ada rupa walaupun nampak sompek di mata kalian.

bila mana, orang yang kita sayang mula tak ambil endah tentang kita, mungkin ada masanya memang ada kita lakukan kesalahan, lalu aku capai cermin, lihat sekilas pandang, apa buruknya aku sehingga tak diterima dalam kumpulan.

jujur, apa aku rasa kadang membunuh jiwa yang sedang lara, yang sedang menunggu masa untuk dibuang jauh ke mana sahaja. Biar lah lahir satu yang baru, yang bisa buat aku lupa semua sengsara dan kepuraan yang membunuh ini,terkadang aku minta, semoga aku excident dan lupa segalanya. jahil disitu.

sudahlah,aku penat.pendam segala rasa, kesayangan makin menjauh tanpa mengerti,
aku ini buruk, hodoh, jika aku juga salah, aku terima.
terima kasih!

1 ulasan:

  1. hipkrorit? kenapa perlu hipokrit ada diri sndiri? kenapa perlu berpura untuk mnjamin kbhagiaan org lain? tanya pda diri, hati. adakah salah kita atau mereka yang sering mnuding jari ? kalau salah kita sndiri, muhasabah diri, kalau tidak, apa kata bincg dgn mereka. biar semuanya jelas, tiada yang perlu hipokrit lagi. Mudah bukan? yg sbnrnya mudah apbila berkata. kamu yg merasa berat lebihnya. apa2 pun, sy ada telinga untuk mndgr luahan kamu :) dan bahu , untuh dipinjam pada kamu :)

    BalasPadam