Rabu, 17 April 2013

Antara Kita.

aku kaitkan aksara menjadi puisi tentang kita,lalu bacaannya tinta jiwa berdua,dalam bunyi yg cuma kita faham,dalam tatap yg cuma aku mampu tangkap. 

sedang langit bergumpal rahsia
aku masih bertanya 
apa dua antara kita masih berahsia? 

setiap syair kamu dah pun aku hafalkan
biar tak terzarahkan jika rindu merenggut hujung hati

dalam kias bermadah
kamu tahu isi hati aku

lenalah mata
aku mahu simpan sedikit duka gembira 
mana tahu esok masih juga kamu yang bikin aku senyum berpuisi lagi

Guten Nacht
ichliebe dich,du fehlst mir. 
terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan