Selasa, 30 April 2013

Sepi

Bicarakan soal hati yang makin hari sepi
bisa saja aku lihat mentari masih muncul pagi
senja masih lagi lembayung merah jingga
hujan masih berbau enak dingin
dan panas masih tak segan menerik

lalu apa yang kau bilangkan sepi?
mahu bertikam lidah baru kau rasa hingar?

pada manusia2 seperti aku
sepi itu lebih dihargai
mengenal siapa diri
mengenal siapa yang utuh disisi
atau yang hanya mahu memijak injak jatuh

lalu apa aku sesalkan sepi ini?
tiada
kerana aku lebih bahagia tidak bercerita
tentang bahagia gembira yang aku miliki.

biar saja aku rasa
kerana satu dua perkara
Aku tamak pada yang aku sayang.
Aku mahal pada sepi yang kau jual.

terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan