dia masih lagi gadis yang serba biasa
tidak ada yang istimewa
petah puisinya hanya menutup luka
terkadang gelak tawa dicipta
melakonkan emosi gembira
biar yang rapat tak risau tentang dia
Jika datang nanti
diizin tuhan
kan ada meminta hati bidadari patah sayap ini
semoga terima apa adanya
berdua seusia cinta
masih lagi berteman air mata
masih lagi diselubungi duka
cuma
dia pandai menutup segala
demi memperlihat segala bahagia
tak mahu kesayangan risau akan dia
Tuhan
apa belum habis segala uji
apa belum cukup segala duga
semoga nanti dia tetap senyum seperti hari hari biasa
menjadi gadis periang tanpa tahu luka yang disembunyi dalam hati
kerana dia sentiasa percaya
Tuhan itu sentiasa ada untuk dia
dan segala cerita Tuhan, dia tabah lalui.
Memang kamu itu kuat,dari luahan tulisannya.
BalasPadam