Isnin, 31 Disember 2012

Gula - Gula Kapas Awak.


Gula gula kapas
Manis, jadi kegilaan,
Lembut, tapi cepat cair.

Awak nak saya jadi gula - gula kapas?
Manis yang digilai?
Lembut yang mudah cair?

Saya tak mahu.
Yang saya mahu jadi gula - gula kapas itu,
Begini.

"Manis saya hanya mahu awak yang gila
Lembut saya hanya awak yang mampu cairkan."

Itu baru gula - gula kapas awak.
Manis saya untuk awak.
Lembut saya pada awak,
Kasar saya , menyentap awak.
Manja saya, hanya awak yg nampak.


saya bukan gula gula kapas buat semua
tapi buat seorang, untuk sang arjuna.

terima kasih!

Ahad, 30 Disember 2012

sekuntum ros putih.

Sekuntum ros putih
Tiba bersama kartu merah jambu
Sungguh terharu
Rasa dihargai, rasa malu

Hanya sekuntum ros putih
Tapi ada sesuatu di balik senyum kamu
bila kamu bilang,

"maaf, kedai bunga tutup petang, tak dapat warna merah dan pink macam selalu"

terima kasih
sebab pujuk
terima kasih
layan rajuk.

kawan sampai mati
itu kamu bilang bila cuit pipi aku tadi


=)

terima kasih!

Dingin.

Dingin awak bunuh saya
Mana hilang gurau tawa dulu?
Mana pergi usik usik awak?
Mana pergi awak yang saya selalu tunggu?

Dingin awak saya terasa
kasar awak saya telan
Tapi saya tak tahu
apakah ada sesuatu yang terjadi antara kita?

nampak canggung
hendak mengatur aksara pun tak betul
entah

saya mohon dingin awak pergi jauh2.
atau saya bakal rindu awak yg selalu temani "chat" saya.



buat seorang teman.


terima kasih!

Isnin, 24 Disember 2012

Tuhan selalu ada

Tuhan kan selalu ada, kita yang alpa
Tuhan selalu menjaga, kita yang tak peduli rasa

Tuhan selalu ada
Tapi adatlah kita manusia
Bila susah, baru kabut mencari sejadah
Gelisah berdoa pada DIA

Tuhan kan selalu ada
Kita yang abaikan DIA.
Sujud tak dijaga
Bila susah baru nak mula.

Tuhan itu selalu ada, pesan Bunda.

Biar orang kata kita pendusta
Pencipta juga pereka cerita
Mereka belum rasa
Sebab tu angkuh bernada.

tak apa sayang,

Tuhan itu selalu ada.
Untuk aku, sentiasa.

EzraNiya


terima kasih!

Jika Ada


               Mencari arah kiblat, dingin air kolah menyegarkan segenap sendi, dan dengan nama Tuhan, aku bersujud dua rakaat menyempurnakan permulaan pagi. Mencari diri yang hilang, mencari jiwa yang terbang,adakah separuh itu ada pada kamu, itu persoalan yang aku tak tahu jawapan nya, tapi aku pasti Ar-rahman, Ar-rahim Tuhan itu sentiasa ada.

              Pada Tuhan, aku zahirkan rasa cintaku pada dia, rasa rinduku ini, yang aku simpan sendiri,
aku tak punya kekuatan untuk menatap dua matanya, kemudian mengaku bahawa aku ini jatuh cinta dengannya, tidak. Aku lebih senang mengaku dalam sujud doa, pada Tuhan  bahawa aku sedang sukakan dia,Biar Tuhan jaga rasa ini, dan biar Tuhan tentukan segalanya.

            Aku harap, kau juga rasa apa aku rasa,dan semoga kau persiapkan diri, dan bila Tuhan izinkan kita akan bersatu dari rasa ini, makanya magis yang selama ini pudar, bercahaya kembali,

"kau yang sedang mencuri hati
kau yang sedang ada dalam jajahan hati"






EzraNiya.
11.53 am


terima kasih!

Kekanda Beta.

Masih rindu
Terngiang suara kamu
Lunak nyanyian kamu
Gelak tawa gurau kita
Juga pujuk tika berdua

Hanya tinggal memori
Tetap subur terlayar bagai disisi
Aku berharap ini mimpi
Tapi nyata ianya realiti

Buat Kekanda beta
Sungguh aku cinta
Hingga hujung nyawa
Berjanji menjaga

Takdir Tuhan tak bisa aku halang
Bila itu yang tertulis
Aku hanya mampu redha

Semoga aman disana
Titip doa dari Dinda
Sentiasa ada untuk Kanda
Moga nanti ketemu jua.

Al-Fatihah, Almarhum kekanda beta.
5 december 2012
United Kingdom

terima kasih!

Selasa, 4 Disember 2012

Selamat Jalan.

Bila kehilangan makin dirasai
Aku hanya diam memerhati
Menjadi tangis dalam sepi
Mendoakan mereka2 sentiasa dirahmati

Moga terus tabah
Moga diberi kekuatan
Moga disembuhkan segera

Kekuatan dipamer melalui bias ketawa
Beban ini hanya aku yang rasa
Tak lagi dikongsi suka duka
Aku redha andai ini takdirnya

aku pohon pada tuhan
jagakan mereka yang aku sayang
sebaik - baiknya
kurniakan mereka kebahagiaan
kurniakan mereka kesenangan


Tinggal sayang tinggal jiwa
aku bakal rindu semua momen kita
moga di kelahiran lain
kita ditemukan lagi seperti ini.







sungguh. aku rindu.


terima kasih!

Selasa, 27 November 2012

Tiap Tenang

Pada setiap tenang aku itu
Ada biasan cemburu
Pada setiap redup pandangan aku 
Ada jatuh kasih buat kamu

Walau kita tak meluahkan rasa
Aku pasti kau juga rasa yang sama
Tentang hari kita
Yang semakin indah bersama

Pada tiap waktu yang aku tunggu
Aku selalu berdoa kan ada ceritera kita
Yang bakal kau ucap hanya padaku
Walau cuma sebaris kata

Selagi ada kau
Maka tercipta senyum aku
Selagi ada aku
Maka aku kan selalu dengarkan kamu

Cuba
Kau rasa detak hati tika baca puisi ini
Apa ada getar yang kau rasai?
yang aku ini bicara tentang diri kamu.








Ezra, :) 
 

terima kasih!

Jumaat, 23 November 2012

Sayang, Jangan Pulang. (untuk BJSeremban)

Kanvas Putih

Tarikh yang sama
Seperti dua tahun lepas
Disini, pasar seni
Yang jadi titik mula cerita kami

Dia belikan aku kanvas putih
Dia belikan aku set warna
Katanya, lukis apa aku mahu

Aku selalu lukis potret dia
Aku selalu lukis tenang dia
Aku selalu lukis senyum dia
Aku selalu lukis kacak dia

Aku tak perlukan warna
Biar kanvas putih ini begini
Hanya hitam putih menemani
Bagai klasik nostalgia kenangan kami.
terima kasih!

Ego

Sempit dada dihimpit rasa
Rindu yang bertandang menjengah pintu
Tak diundang tetap jua datang
Nak diluah, Ego teratas dahulu

Bungkam
Rela diam dari mengungkap

EZRA

terima kasih!

Langkah

Aku cuma mampu perhati
Kau yang melangkah pergi
Hendak ditahan terasa gundah
Hendak dibiar, pahit menerjah

Andai kau berpaling semula
Pasti jelas kau lihat air mata
Andai saja kau mendekat
Pasti kau dengar sendu pekat

Tapi, kau memilih untuk tidak
kerana kau tahu apa sudahnya 
jika kau berpaling semula

Aku tak akan lepas pegangan itu
Aku cuba genggam rapat erat
biar
biar
walau terpaksa kau berbahagi rasa.

Betapa mudah aku kehilangan kau
Dan malam itu aku lelap berteman bau kau


EZRA NIYA


terima kasih!

Rabu, 21 November 2012

Akhir Kata

Keputusan untuk berhenti seketika dari menulis dibuat setelah sekian lama berfikir, bukan berhenti, cuma mungkin mengurangkan projek-projek. Maaf pada yang aku telah berjanji untuk siapkan Kapal Terbang Kertas,mungkin tertangguh lagi sekali, aku still dalam group utama yang mula-mula bawa aku ke dalam dunia penulisan, kemudian komitment aku pada satu lagi group juga masih aku utamakan,. Keputusan yang tak terlalu mendadak sebab aku sudah tanyakan beberapa kenalan yang rapat. Keputusan yang agak berat, sebab puisi dan tulisan adalah jiwa aku, cuma terkadang kita perlu ruang seketika. Blog ini tak akan ditutup atau diprivasikan, masih ada jika kalian mahu baca, dan terima kasih menjadi semangat dan menyokong setiap puisi patah aku.

Semenjak dua, aku terlalu sibuk dengan kerja harian, dan terkadang mencari waktu sendiri, rindu untuk menulis puisi-puisi seperti dulu, kekangan masa menjadi penghalang, tapi aku tetap juga menulis dua ayat puisi di twitter.

Aku rindukan seseorang.
dan aku tak tahu nak nyatakan rasa rindu ini bagaimana.
yang aku tahu dia seorang yang minat puisi aku
yang menyokong segala karya aku.
dan aku tahu dia baca ini.
mmwa.

Pertemuan dengan cherry blossom benar meninggalkan kesan pada aku untuk kali ini, tapi aku memilih untuk tidak cerita pada sesiapa, walaupun aku bertuah punya mereka yang sudi meminjam telinga dengar tangis,keluh, esak aku. cuma kali ini aku penat, dan aku cuba telan sendiri. Pejam mata dan aku ingat semula bagaimana cerita kami bermula. Hanya sekadar kawan asing pada aku mulanya, tapi dia cukup ramah ambil hati aku, dan aku tak mungkin akan lupa, bila dia perkenalkan diri sebagai Qays, dan dia memanggil aku ophelia, bila aku  tanyakan kenapa, dia bilang watak apa yang aku sudah lupa. Dia pernah bacakan aku puisi, puisi tentang perempuan yang patah hati.Aku cuba menulis ini semua tanpa mengalirkan air mata,
setelah beberapa pertegkaran berlaku, aku mohon untuk berjumpa, aku tahu ada tarikan tentang dia, dan aku bersungguh mengajak. Dan kemudian nya dia katakan ya. Kali pertama, baju putih, seluar coklat, bertopi, di bawah pohon menunggu aku. Ya dia. Senyum yang aku ukir tak lekang, terus aku sapa, mungkin aku memang begini, mudah mesra, mudah senang, dan mudah manja. Aku tarik lengan dia, kesana kemari, hingga aku sedar, pertemuan ini buat aku mahu tahu siapa lelaki misteri ini. Pertemuan kedua, pertemuan yang mengilhamkan nama cherry blossom yang tercetus idea cerpen yang menarik hati sebilangan orang pada yang tahu aku cuma tahu hasilkan puisi bukan sebuah cerpen yang bagus. Pertemuan Ketiga, dan Keempat minggu lepas. Persamaan nya sama, setiap kali pertemuan, akan ada gaduh,sindir, maki. dan akan berakhir dengan esak tangis aku yang melaju membasahi pipi, dan dia tenang memujuk dan lepas itu bermula senda gurau kembali. Aku ceritakan pada Aliazwa, fairygodmother paling kejam yang sayang aku lebih dari org lain, dan ali tahu betapa dalam cinta dan sayang aku. Dia beza. Kali terakhir kami bermsg, ada gaduh di hujung nya, dan aku seperti biasa, akan memujuk keesokan, kerana aku takut kehilangan. Aku cuma berharap dia akan baca apa yang tertulis ini, aku sengaja nangis, aku mahu kau peduli aku. aku sengaja marah kerna kau tahu kau kesah, aku sengaja diam kerna aku tahu kau juga sayang. Kau ego, aku ego. Aku suka lihat kau senyum, aku suka kacau kau bila kau sedang menung, aku suka bila kau mula bengang. dan aku tak lupa bila kau cium dahi aku. Aku selalu menangis bila kita mahu berpisah, dan kau akan bilang, selagi mana aku mahu, kita tetap begini, selagi mana aku perlu, kita tetap berjumpa. sebolehnya aku tak suka menoleh pada kau, kerana ada air mata yang turun. Aku rindu. dan aku hanya mahu kau tahu, terkadang aku buat apa saja hanya kerana kau.


Bila kita bersedia memaafkan orang lain kita akan tenang, ya dan apa aku buat, memaafkan anis nabila adalah sesuatu yang cukup aku bahagia. aku terima dia sebagai kawan, dan dia juga. Kadang-kadang bila aku lihat, kebanyakan kawan-kawan aku sering berkait, tak kira lah dia penulis atau yang aku kenal di laman maya. berkait dan aku kadang tak boleh lari. jadi bila ikhlas itu datang, aku segera menguntum senyum yang bukan palsu.

"I know u well niya
jangan takut untuk express siapa kau sebenarnya
jangan sorok kesakitakn dengan gelak tawa kau
jangan sorok kemarahan dengan kebaikan
kadang2 kau perlu tunjuk supaya orang tak pijak kau "
- Ain Ibrahim, also known as my twin-

Dia diantara salah satu yang rapat dengan aku selain lyne, nana,nabila,zahari, and rest. Gelak aku yang dia dapat baca tentang lukanya aku, sakit aku yang dia dapat tahu, Jujur aku katakan, bila dengan kawan-kawan yang membahagiakan, aku sedaya upaya mengutip bahagia yang dibahagi sama rata. Mereka sentiasa ada, cuma terkadang aku yang menjauh. terkadang terasa beban, kadang terasa macam2.
Aku bertuah dan aku bersyukur, Tuhan selalu hantarkan kawan-kawan yang baik untuk aku, yang selalu melindungi aku, yang selalu menjaga menyayangi aku. Kadang aku belajar untuk tak terlalu bergantung dengan mereka, sebab aku pikir, kalau satu hari nanti idtakdirkan aku sendirian , tak kah aku hilang arah?
tapi aku tak mampu, bila aku mula jatuh, akan ada tangan yang sentiasa menghulur untuk jalan bersama, akan ada yang datang melindungi, akan ada yang datang menemani perjalanan aku. ya aku tahu, aku sangat bertuah dikelilingi kawan-kawan begini.

"kau tabah, kau jatuh, aku sebagai kawan,
aku nak tarik kau untuk kita jalan sama-sama
aku tak tinggal kau untuk kau bangun sendiri
kau ada orang yang lagi hebat sayang kau
apa2, aku ada untuk kau"
- Fairygodmother gua (ali)-

Ezra.
Dua minggu lepas, aku ambil keputusan tukar nama facebook dan twitter, aku pilih Irza Ezra . dan sudah tentu ramai bertanya, siapa. Kerana setiap orang kenal aku sebagai Niya, dan Ain. dan bila aku secara tiba-tiba mengubah. Aku tak punya jawapan yang khusus untuk nama Ezra. Yang aku tahu, bangun dari tidur, aku sudah tukar setting, dan Irza Ezra terlintas. Aku cuma mahu memadam sedikit kenangan, entah. yang pasti nama yang ditukar tak semesti ada yang berubah. Tetap juga nama panggilan aku Niya.

Aku tak punya jawapan tentang persoalan yang aku sendiri tak tahu nak susun ayat bagaimana. Aku cuma tahu, aku perlukan ruang seketika. Gelak tawa yang aku cipta terkadang terasa sunyi, aku sunyi dalam ramai. Walaupun kawan-kawan rapat disisi yang tak lekang hadir di tiap-tiap hari. Terima kasih untuk yang memahami yang selalu menjadi tempat aku meluahkan segala . Yang selalu memujuk tangis aku dengan lawak-lawak gila.

Tentang kesihatan. aku cuma mahu normal, biasa. aku tak suka bicara tentang isu kesihatan, jadi anggap saja aku sihat seperti kalian.

Keputusan kali ini, kadang-kadang agak berat. Tapi bila memikirkan , mungkin ada baiknya. Seperti permulaan ayat aku diatas, Tumblr aku mungkin sampai disitu sahaja, blog ini aku tak pasti, tapi aku tak akan tutup atau  privasi, aku tahu akan ada yang buka bila rindu, kan? =) , untuk komrad yang aku bernaung, aku masih bagi komitmen sepenuhnya, untuk secara langsung dan tidak, jika aku perlu menulis, aku akan cuba hantar karya. Untuk manuskrip dan zine sendiri, mungkin tahun depan aku pikir semula.


sincerely
The Broken Winged Angel,



always love
-Ayintology-lyne-nana-nabila-zahari-fadh adriana-zaffran-pakwe utagha-fairygodmother-kak para-dak aleen-hapis m -amransyah -ezan-faghah-asip-auni-aredle-gaban-fyza-ren-nazz-asyraf-run-mellyana-maman-azhar -Faz -anith- yaya -ojin -alia   dan lain-lain.


untuk satu satunya lelaki sigar ceri.
aku tak punya kata akhir,
kau sendiri tahu.

-
terima kasih!

Ahad, 4 November 2012

Moga- Moga

buruk orang kita nampak
dah nampak dicanang pulak

buruk sendiri tak cari
yang baik la diri sendiri

sudah lah cari kesalahan
sudalah membandingkan
sudahlah sibuk perihal orang

jahit tepi kain sendiri dulu
baru sibuk kain orang lain

cuba diri sendiri yang kena canang
amarah bukan kepalang
kan?

tutup yang palsu
buka yang perlu
aib orang kita jaga
moga aib kita orang tak jaja

terima kasih!

Selasa, 23 Oktober 2012

Berhenti

Mohon jangan pernah kembali
Sudah cukup luka di hati
Tak perlu tambah rencah
Cukup sempurna segalanya

Tiada dendam yang tersemat
Tiada sepalit kesal yang tercalit

sila berlalu pergi
dan aku mohon
berhenti lah menyakiti

terima kasih!

Isnin, 22 Oktober 2012

Kamu

Jujur
ku akui
aku sedang mabukkan kamu.


terima kasih!

Cuba

Cuba
Belajar redha dalam tenang
Walau hati galau berkocak goyang
Cuba
Senyum dalam riang
walau payang nak mengaku senang

Cuba
Dunia memang la kejam
Tapi selagi mata pejam
Tak mahu ubah yang kejam
Memang sampai situ la terperam

Cuba
Memang tak mudah
Tapi jangan mengalah.

kan?
=)
terima kasih!

Aturan

Nak diluah
Tapi tak terludah
Nak disimpan
Tak tertelan

jadi

aku hanya diam
jadi permerhati dalam bungkam

Mahu luahkan rasa
Banyak sudah dicuba
Tapi tetap tak berbeza
Jadi apa langkah seterusnya?

Mungkin,
Cerita Tuhan aturkan lebih indah
.
terima kasih!

Isnin, 3 September 2012

Kertas

Tinta ini tinta jiwa
Pada kertas menulis tentang rasa
Apa khabar kau disana?

Di kaki lembayung senja
Aku temukan kamu dalam lelap ku
Bermimpi tentang puisi-puisi kita
Berminpi tentang angan kita

Adakah jarak ini bakal menjauh?
Adakah aku akan biasa kejauhan?

Tegah, pasak, dipacak
Aku mohon hanya sedikit
biar momen itu tetap segar
untuk aku meniti hari-hari

Tanpa kamu.


terima kasih!

Hati-Hati

Hati berbisik rindu
Tapi aku tak mahu kau tahu
Sungguh aku menipu
Biar kau tak perlu tahu

Aku pegang kata

Bila aku pejam mata
Aku lihat kau disana
Senyum yang bisa menggugat jiwa

Bila aku mahu lelap
Bayang kau yang menyinggah dekat
Apa perlu aku katakan pada kamu
Yang aku ini hanya diam cinta kamu?

Aku perlu memilih
Tapi aku memilih untuk tidak
Moga, ada Jalan NYA.

ameen.

Saya rindu kamu.
terima kasih!

Sabtu, 1 September 2012

Rahsia Jiwa

Setiap kasih yang tertaut
Setiap rasa yang terikat
Setiap jiwa-jiwa yang terbang
Setiap kata-kata yang terbit

Ada satu cerita cinta
Ada satu rahsia
Ada satu jiwa
Ada satu kata yang tak terungkap

Mungkin kau belum berani menulis janji
Melakar kasih bersama mimpi
Biar termetrai jadi realiti

Tapi
angan tetap akan jadi angan

Saat kau kucup dahi aku seperti selalu
Saat itu juga aku mencuba membuang sendu

dan bila kau ucap kata perpisahan
dan janji kita bakal bertemu lagi di kemudian hari

aku tetap rasa sunyi.
dan aku rindu segala tentang kamu.


bentong-sri kembangan
31 august 2012
terima kasih!

Ahad, 12 Ogos 2012

Rindu Jauh

Ku kutip serpihan rindu,
Moga kita tidak lagi bertemu

Rindu ini aku layangkan jauh-jauh
Bersama angan dan impian
Biar jauh terbang dibawa bayu
Semoga lupus segala rasa

Andai nama kau yang ditatu
Aku rela mengopek jiwa
Biar hilang cacahan rasa
Yang bikin separuh gila

aku ini rindu
rindukan kamu
yang nyata bukan hak aku.

Jaga diri sayang.
terima kasih!

Ahad, 29 Julai 2012

Cherry Blossom 2.0

Dia makin jauh
Dia makin menjauhkan diri
Di setiap katanya dia sibuk
tidak ada lagi hubungan seperti dulu

Hadirnya dia merubah segala
Dan aku kini jadi pilihan?

hanya ada bila perlu
hanya ada bila mahu

sungguh rindu yang dulu
gurau, gelak,senda tawa

bukan aku pinta kau melukis janji
menjadi yang hakiki untuk aku
cukup sekadar temani aku
jadi separuh dari diri ini

mudah.

tapi kau memilih untuk jauh.
terima kasih!

Ahad, 22 Julai 2012


terima kasih!

Rabu, 18 Julai 2012

Sendu Hati.


Tika aku menaip bait kata-kata ini,di sebelah aku ada adik yang sedang memetik gitar,irama nya aku tidak tahu, tapi aku pasti mewakili jiwa-jiwa aku yang sedang celaka. Mewakili rasa terluka aku yang aku tak bisa cerita pada dia, bagaimana sakitnya. cuma--

di siangnya tadi, aku bilang pada dia, aku tak punya rasa lagi. Tenang dia memandu, dan tenang juga aku, tapi tenangnya aku tidak boleh menyembunyikan apa yang berbuku di hati. Aku memilih untuk memandang lepas sahaja ke luar jendela, dan serta merta aku tahu adik sedang memerhati aku, cuma dia diam.dia tahu bahawasanya kekanda sedang berduka, cuma dia lebih memilih diam dari bertanya , kerana aku sendiri yang akan membuka cerita.

perjalanan hari ini agak panjang, entah kenapa aku sendiri rasa terlalu lama berada dengan dia.
hari ini, buat kesekian kali, air mata ini tumpah lagi di hadapan dia, dan tanpa segan serta silu.
dengan sedu makin kedengaran, dan kemudian nya bunyi-bunyi musik dari corong radio aku terasa makin perlahan kalau hendak dibanding dengan nyaring tangis aku. 

sedu sedan, air mata semua jadi satu. Adik masih kekal di posisi nya, memandu dengan tenang, cuma kali ini dia raih tangan aku, dan dia genggam begitu erat. nyata tangis aku makin laju tanpa aku sekat. kali ini semahunya aku menangis. Aku jarang menangis di hadapan dia, jatuh bagaimana teruk sekali pun,aku akan berusah untuk sembunyi, nyata hari ini aku tak mampu sembunyikan rasa aku yang mati dan luka.

bila tangis aku kian reda, dia tanyakan mahu pulang atau mahu ke tempat lain, aku bilang, ikut kamu. dan dia membawa aku ke tempat yang selalunya jadi tempat aku meluahkan segala rasa, duduk diam, mengarang cerita atau bait2 puisi. Hari ini air terjun itu sekali lagi, memperlihat keadaan luka aku. 

ditanyakan, kenapa hari ini murah benar air mata aku mengalir, sedang selama ini aku mampu melawan gelodak rasa, aku cuma bilang pada dia, terkadang ada sesuatu yang melewati hati, yang menjentik rasa , yang x mungkin kau mampu sembunyi lagi. 

untuk hati yang sedang berduka
aku mohon pulihlah segera
jangan terlalu ikutkan rasa
kelah hati dan diri merana

mungkin ada sebab nya segala
jangan mudah putus asa
selagi mampu berdiri teguh
selagi itu tegak kan berdiri utuh

untuk kamu,
aku masih pasakkan sayang
aku masih pasakkan rasa
semoga kau tahu ,
mengerti akan diri

puisi ini ketara canggung
pada aku, yang rasanya sedang digantung
seperti kaki ini di kaki gunung
bila-bila masa terjun menuju gaung.

aku mohon
kembalikan rasa
hati dan segala
yang pernah aku beri pada kamu
untuk aku cantum kembali


niyadriane
2350pm

terima kasih!

Isnin, 9 Julai 2012

Ketentuan

Semalam dia datang
Lewat hari ini dia pergi.

Mungkin aku salah
Mungkin aku emosi
Mungkin aku terlalu lebih.

tapi untuk sekian kali
Aku mohon ampun sekali lagi.








notarenyuk :- air mata berhenti mengalir.
terima kasih!

Rabu, 4 Julai 2012

Tak Bertajuk

aku sedang menjahit hati
walau pedih,tak aku ratapi 

aku sedang menyulam hati 
walau sakitnya tak terperi 

aku kini kian kosong,
kosong,bohong dan lopong

walau cintai kamu
adalah kesakitan padaku
namun,aku tak henti dan
terusan cintai kamu,hingga sakit ini tak lagi tertahan oleh pundakku,dan aku telah putuskan..

andai nanti,usai aku menjahit luka di hati,
bila mana aku mula yakin untk melangkah pergi,
aku pohon,
jangan pula kau rayu aku untk kembali.

tinggal Arjuna,
moga kita tak bertemu dimana-mana
kerana aku perlu lupakan segalanya.





notarenyuk #1 : Dapat idea menulis pagi semalam, dan aku post di satu group,
notarenyuk #2 : dia bikin aku tersenyum. terima kasih. =)
notarenyuk #3 : masih membilang hari, tak mampu tahan rindu lagi. =)
terima kasih!

Isnin, 2 Julai 2012

Pepatung

Pandang ke  langit lepas
Serakan awan umpama gula kapas
kalau aku ambil secebis
adakah berbekas?
Rindu ini buat kamu
Yang aku sampaikan di angin lalu
Semoga kamu dirahmati selalu.

kamu yang aku cinta
kamu yang sedang beraja
kamu yang sedang aku gila

aku cinta separuh nyawa
moga ada titipan doa yang terkabul untuk kita berdua.



niyadriane

terima kasih!

Jumaat, 29 Jun 2012

Terpaksa

Tak mudah nak lupa
Tak mudah juga nak buang rasa
Tapi apakan daya
Bila kita semakin terpaksa
Dan tak ada cara

niyadriane

terima kasih!

Isnin, 25 Jun 2012

kadang-kadang

Kadang - kadang aku selalu berharap
berharap yang apa aku rancang akan jadi

kadang-kadang aku selalu abaikan rasa
berharap aku mampu tutup luka

tapi sebab kadang-kadang itu jugak buat aku sakit

aku rindu nak jumpa kau
aku rindu bau kau
aku rindu nak bergurau senda dengan kau

tapi bila kau kata TAK
aku rasa macam ada batu yang dilontar
berderai pecah
hancur bersepai

itu aku rasa sekarang.
terima kasih.
terima kasih!

Khamis, 21 Jun 2012

cerita kita.

bila separuh jiwa pergi,
rasa mati kan?

bila air mata
tak kering langsung di pipi

bila kau cuba untuk padam semua memori
tapi kau tak punya daya
kau tak kuat

bukan
bukan
bukan tak kuat
tapi hati.

Hati kau tak nak lepaskan.

bila dalam hari hari yang kau lalui
kau rasa hati kau makin rapuh
diri kau makin hilang terbang
makanya kau sudah tidak punya rasa lagi.

separuh jiwa aku sedang pergi
meninggalkan kau yang sedang meratapi.


air mata,
berhenti mengalir.
tolong.

masih menitis tanpa henti.

terima kasih!

Jumaat, 15 Jun 2012

Kenangan

Terjaga dari mimpi yang panjang
Baru ku sedar ini sebuah anganan
Angan yang buat aku terbang jauh
Jauh dari realiti.

Baru aku sedar ini hanya satu permainan
Dan aku terperangkap jauh
Hingga tak sedar mana hak mana benar.



terima kasih!

Selasa, 12 Jun 2012

:: Cherry Blossom ::

Kegilaan aku masa kini adalah dia, ya dia. penghisap sigaret berperisa cherry.
mari aku ceritakan apa yang aku gilakan.

Kelmarin malam, aku mimpi bertemu seorang lelaki yang tinggi nya melepasi bahu aku, dengan kulit agak putih, seakan anak cina.Dia mengajak aku berbual, kami duduk di tangga berhampiran bangunan kediaman dia.
Saat itu, dia tanyakan aku, " apa yang buat aku tertarik pada seorang lelaki".
Jawab aku, aku tak perlukan lelaki yang rupa paras nya menarik, itu tak penting, tapi bagi aku,
aku mahu lihat hati dia dulu.
Dia diam,

Dia bukakan setin pepsi untuk aku, aku sambut. Aku minum seteguk, lalu aku serahkan kembali pada dia,
dia minum di takuk yang sama, aku diam cuma mengukir senyum dan buang pandang ke jalan.
Suasana jadi diam, hanya terdengar angin, bunyi kenderaan lalu lalang, aku pandang dia,
dia yang kini termenung, menungkan tin pepsi ditangan.

" jauh sangat kau menung, tembus nanti tin tu. bocor pula", tegur aku.

" tak boleh ke, biarlah", dan dia meneguk.

Aku diam, tak membantah tak pula setuju. Serakan angin makin kuat, rambut dia kini ikut berterbangan, lalu dia ambil topi, dan kenakan , agar tak serabut. Sempat juga aku mengomel." Panjang benar rambut, kalah rambut aku tahu". Dia seperti biasa, hanya mengukir senyum.

Dia keluarkan sekotak rokok, tapi agak halus kotak nya. Aku minta lihat, dan dia suakan pada aku.

" Perasa cherry, pernah dengar?"

Aku angguk perlahan, dan dia keluarkan sebatang rokok, dan kemudian aku ambil dari dia. Dia agak terkejut,
" nak buat  apa, bak sini bagi aku"

" aku nak bau je, boleh? nak isap jugak"

" jangan nak mengada lah, tak elok ."

Rokok bertukar tangan, terus dinyalakan.. isap dalam-dalam... kepulan asap dilepaskan jauhjauh. serentak bau ceri disekeliling aku.Dan saat itu, aku suka bau itu. Asap itu kemudian nya, makin tebal, dan tebal.
Aku terjaga dari mimpi.

Tapi, ada bau ceri yang melekat di pipi dan tangan.
aku tersenyum.

dan aku sangat rindukan dia, lelaki bersigaret ceri yang aku namakan "cherry blossom",

"Yang namanya Cherry tu selalunya indah dan manis bukan.
Tapi cherry blossom kali ni benar-benar memikat aku.
Kerana ada sesuatu tentang dia."

"Dia
sekotak dunhill merah
sekotak sigaret perisa cherry
sepasang mata yang kuyu
senyuman yang diukir bila aku rajuk
pujukan lembut dari dia.
Dan hari ini aku rindukan dia. 
Moga Tuhan izinkan aku ketemu lagi."

terima kasih!

Selasa, 5 Jun 2012

Puisi kau dan aku

"kau biar tergantung, 
aku pula mahu penghujung. 
Hari itu kita duduk berdua,
di bangku putih ditaman,
bicara kau tentang angan dan impian,
bicara aku tentang mimpi dan harapan. 

Beza,
bila mana kau sendiri tak mahu mengukir janji, 
dan aku pula tidak minta kau melukis mimpi 

moga satu hari,kita satu,walau hanya dalam mimpi yang tak pernah kita layari. " 

terima kasih!

Kapal Terbang Kertas

"aku lipat kertas-kertas puisi tadi, 
lalu aku bentukkan kapal terbang kertas,
aku layangkan pada langit lepas,
moga Tuhan terima anganku. 

Kapal terbang kertas,
tentang rasa aku pada kamu,
yang seakan rimas,
tp dalam diam terus menyintaimu. 

Kalau aku layangkan beribu,
mohon salah satu darinya,
bisa melepasi hati kamu.

Kapal terbang kertas,
dari jiwa,untuk kamu. "

terima kasih!

Isnin, 4 Jun 2012

:: Arjuna Khayalan ::


Aku menunggu mendung tiba lagi, moga arjuna tadi menyapa aku kembali, seperti pertemuan pertama kami.

---------

Lewat petang kelmarin, aku jenguk keluar tingkap, hari mendung tak berapa sejuk tapi tak pula panas,
sekadar suhunya sedang-sedang saja, jam menunjukkan 3.45 petang, aku bosan duduk di rumah,
Rak bacaan yang hampir sama tinggi dengan almari baju itu juga, sudah hampir habis aku khatam semuanya.
kalau diulang baca lagi, mungkin aku sudah mampu menceritakan kembali pula.

Tiba-tiba kabus agak tebal, seperti pagi hari.Bulu roma aku berdiri, seram sejuk juga, jangan 
bilang ini ada kaitan dengan entiti.Cermin tingkap aku seakan diketuk, bunyi agak jelas di telinga,
apa mungkin imaginasi aku?

"tok, tok, tok"

makin jelas, aku beranikan diri, bangun dari kerusi, menghampiri tingkap.

*CAK*

Daun tingkap terbuka,dan berdiri seorang lelaki dewasa yang di celah ketiaknya bersayap.
aku bermimpi?
Aku terkedu buat beberapa ketika, tapi dia masih tersenyum seperti ada yang lucu.

*jom ikut aku, mahu? kita ke bumbung atas rumah kamu" - belum sempat aku beri jawapan, 
aku terasa diri aku sudah di layangan, aku terbang bersama dia.dan berlabuh di atas bumbung rumah 
sendiri. Aku terasa ini mimpi.ini mimpi.

*menung apa, jauh sangat, sampai negara mana dah?"

aku terkesima, sikit lagi aku mahu jatuh, tapi tangan dia cepat menarik lengan aku.

*cuba lah duduk diam-diam, kau ni, kalau jatuh nanti macam mana."

aku pandang dia tanpa berkedip, ya aku masih pelik, dia ini apa sebenarnya.
bagai membaca fikiran aku,dia berkata.

"jangan lah pelik sangat muka tu, aku bukan hantu pon, aku datang nak ajak kau bersembang,
mahu tak jadi kawan aku? Aku Arjuna. "

aku masih diam, tapi salam dia aku balas sekilas namaku terpacul dari mulut dia,

"x apalah adrina, kalau tak mahu, aku pulang dahulu"

entah apa yang aku fikir, 
aku menegah.

"Jangan lah, duduk dengan aku"
aku nampak dia senyum.

Arjuna,hitam manis kulit nya, tinggi, agak sasa bidang nya, kaki dia nampak panjang, tapi tadi tak 
silap aku, aku lihat ada sayap antara celah ketiak dia, tapi sekarang tidak ada.Arjuna berbau wangi,
seakan bau bunga-bungaan yang diadun sedikit dengan getah kayu, tak begitu kerasa tak begitu lembut,
sedang saja. Tak kan pula dia ini bidadari. ahhhahahah.. lucu pula.

"apa yang seronok sgt tenung dan senyum sorang-sorang tengok aku ni?"

" Tak ada, aku sedang mimpi jumpa bidadari atau aku sedang berkhayal tentang peterpan?" tanya aku.

"kau ni, nanti aku kata bengap marah.. bidadari tu perempuan, aku ni lelaki tampan. haih"

ceh, boleh tahan perasan dia ni.

"Adrina, aku datang kemari ada sebab, bukan sengaja. Aku datang dari akal kau juga. kalau kau percaya
aku masih disini, kalau kau tak percaya, aku akan hilang, pilihan di tangan kau, bukan aku."

ya, lewat kebelakangan ini aku selalu berangan tentang bidadari, tapi kenapa pula lelaki yang muncul?
haih, aku sudah tak enak, aku mahu tahu kenapa dia kemari, jadi aku percaya dia memang wujud, 
ya seorang lelaki yang entah dari mana asalnya berdua dengan aku diatas bumbung rumah.

"Apa yang kau sedihkan sangat, dunia terlalu kejam untuk kau tangisi hari-hari kau, belajar bersyukur,
belajar terima hakikat, kadang-kadang tak semua benda yang kita mahukan, kita dapat. kalau kau 
mahu dewa cinta turun sekalipun, kalau dia orang yang salah untuk kau, tak kan kau nak tetap tunggu 
macam orang bodoh? cinta kau dipermainkan, kau mahu macam tu selamanya?
aku wujud dari fikiran kau, kau tak perlu bagi tahu, aku tahu apa yang ada, apa yang jadi. Terkadang,
aku muak dengar sendu tangis tak sudah kau. jalani hidup dengan biasa sudahlah, perlu apa ditangisi?
Apa kau tak rindu kehidupan kau dulu? Rina, tanpa dia pon kau masih boleh bergembira,
lalui segalanya dengan cara kau sendiri, hidup bukan sekadar tentang cinta. tapi hidup ini, 
kita yang warna kan, kita corak sendiri. Cuba kau corak dengan warna-warna terang, mesti indah, 
tapi kau memilih warna-warna suram, gelap hiasi hidup kau, apa nak jadi? sampai bila kau harus mcam ni?
Hari ni aku datang, esok lusa, atau kejap lagi, aku hilang, kau nak buat apa?"

air mata aku bergenang, terasa hati. ayat-ayat yang lembut tu pon bisa bikin aku sentap, apatah lagi ayat lain.
aku mula terasa tak selesa.Mula rasa sesak di dada, kolam air mata ni akan bila-bila masa pecah.


" Aku kemari bukan semata nak bebel dengan kau pon, aku cuma muak lihat kau menangis, muak lihat kau makin lemah dengan dunia semata, bangun lah, kau gadis, panjang lagi kehidupan yang bakal kau tempuh, tak kan selamanya begini, kesian sama orang yang prihatin di sekeliling kau.terbang tinggi-tinggi, kejar impian, kejar cita dan cinta. Aku tetap ada di sini, bila kau perlukan aku tahu"

serentak, dingin terasa dahi aku.dan dengan sekali pandang, dia hilang, aku turut diam, dunia gelap.
Bila aku bangun, aku dah pon berada di katil aku sendiri, di tapak tangan aku, aku lihat ada secebis kertas, dengan tulisan yang comel.

"Adrina,
pandang langit lepas
biarkan semua nya lemas
jangan hanyut dibawa arus
bangkit lawan, biar kemas

cinta tak semesti untuk kita
cinta tak semesti berdua
jauh mana ditinggalkan
berusaha lah, bangkit,bangun.
cekalkan hati.

kalau kau mahu aku datang lagi, pejamkan mata, maka aku akan ketuk tingkap yang sama, bila hari mendung dan berkabus, aku ini cinta dari akalan kau yang tak kan jauh dan hilang. 
Jaga diri sementara aku lihat kau di kejauhan.

- Arjuna-

hari tu, aku ukir senyuman dan berjanji tak akan ulangi kesakitan.
dan aku menjadi penunggu pula buat Arjuna khayalan.
biar,
asal aku bahagia.





**** ini percubaan aku untuk kispen, mohon komen.


terima kasih!

Rabu, 30 Mei 2012

Pernah Aku Kesah

** setelah dua minggu aku close blog ni, hari ni aku buka semula. aku x boleh berhenti menulis, ini jiwa, ini cinta, ini rasa.. doakan aku belajar menulis lagi, baiki apa yang makin hilang dan kurang.






Menara tegak di ufuk barat
Aku menoleh antara nampak dan tidak
Mengeluh, ada jiwa yang meriuh
Ada rasa yang kocaknya gundah

Mana dia
Yang sebentar tadi
Ada disisi

Aku berpaling, mencari entiti tadi
Antara bayang kewujudan
Antara nampak dan tidak
ah, jangan bilang ini halusinasi hati

Mana pergi bayang
Mana pergi, jangan hilang.

Dengar bisik menyapa pipih telinga
Dengar nada antara benar dan tidak
Tuhan, jangan bilang ini suara aku sendiri.
Jangan.

Pernah kau kisah?
Pernah kau peduli?
Pernah kau cari?
Pernah,?


Bila nyata dia bukan lagi disisi, tapi kau masih mencari
Bila nyata dia sebenarnya hanya bayangan ilusi
Bila nyata kau semakin menghampiri duniawi.

Pernah rasa?






terima kasih!

Rabu, 16 Mei 2012

:: Bukit jalil aku ok. ::

tajuk mcm mintak penerajang ye dak.
bukan puisi.


12052012

kaki menapak ke stadium,
menyesal park jauh-jauh,
gila berjalan di tengah panas,
tak apa, asalkan aku ok.

jumpa seorang teman,
gila.
pendiam mengalahkan dinding.
aku mati kutu.
tak pa, aku ok.

jumpa penulis kegemaran,
tips dan nasihat diberikan
syukur, aku masih punya teman,

baju putih, topi coklat.
kami ok.

"kita kawan kan"- kata dia.

stadiumbukitjalil - shah alam- gravy baby- sejangkang
12052012-13052012




* terima kasih abang jay dengan nasihat! lepak lagi nanti*


*Seyn*




terima kasih!

Isnin, 7 Mei 2012

:: Hujan ::

Rintik-rintik hujan
sikit demi sedikit jatuh melewati
setitik demi titik
detik demi detik
bebola jernih itu
seumpama,
titis-titis jernih yang melewati pipi

aku simpan sedikit
biar kau mengerti
bagaimana erti rindu
bila lama tak bertemu

aku ini rindukan kamu
yang jauh tak bisa aku capai.

Niya Adriane Copyright 2012, bentong-penang.


terima kasih!

Isnin, 30 April 2012

:: Sekuntum atau Sejambak ::

Aku bagi kau orang pilihan.

Nak bahagia bukan senang, kalau asyik mengejar yang depan mata, belum tentu itu yang menjamin kebahagiaan, tetapi ada kala apa yang kita tak nampak, itu adalah kebahagiaan kita.
Yang tersurat itu belum tentu indah, dan yang tersirat itu biasanya membahagiakan. 

Jangan sampai apa yang dikejar itu melukakan, dan pada saat kejatuhan itu, jatuh kita dalam ada yang tersirat yang selama ni dekat yang kita tak pernah nak ambil kisah, ternyata dia yang membahagiakan.

"kadang2 sekuntum bunga mekar pada pertengahan malam itu lebih indah mewangi dari bunga sejambak yang mekar siang hari."

kau mahu pilih bunga sekuntum di tengah malam, atau bunga yang sejambak jadi rebutan di siang hari?

pilihan di tangan kau, jangan salah pilih, takut makan diri. 






Niya Adriane
8.24 pm
30 April 2012


terima kasih!

Rabu, 25 April 2012

:: Aku ok, agaknya, ::

Hilang kawan baik lagi pedih dari hilang kekasih.

Kali kedua
Dan ya, aku terluka,
Dia terluka

Khilaf keduanya

Dulu,
Setahun aku ambil masa lupakan dia.

buang, bakar,padam.
gambar berdua,
nombor telefon

hanya kenangan masih tersemat di sisi kepala
bila ada masa moment bersama kembali semula.

Monorail Titiwangsa
Timesquare
Kl sentral.

kenangan.
terima kasih!

Sabtu, 14 April 2012

:: #1 ::

* ini bukan puisi aku. *

Ini hari yang panjang, sekitar pagi mula bangkit,
Embun-embun mula kering, pada menara tinggi.
kaliber-kaliber yang panjang aku simpan dalam hati sejuk,
beku yang aku nanti hingga ke petang yang menjadi hantu abadi.

Ada orang biarkan aku rindu,
Tapi, aku adalah entiti, Yang mungkin bagi dia ini
bukan aku dan bagi aku, itu bukan dia.

Rindu, ini makin kuat,
harap dia tahu dan itu dia,
walaupun aku tahu aku bagi dia bukan sesiapa.



*ini adalah pesanan yang aku terima dari Qays,
dia paham aku rasa, dan puisi-puisi dia kena dengan aku.*
terima kasih!

Isnin, 2 April 2012

:: Kabut ::

Dalam kabut,
ada ribut,

dalam terbang,
jiwa melayang,

Dalam ketawa
terselit nama dia,

rindu
pada dia yang satu
jantung hati kalbu

berbaring aku renung bintang malam
lihat bintang kian terang
dan ketika langit bergelapan
aku kait nama mu dihujung bintang ufuk selatan

mohon aku
bintang sampaikan rasa rindu

rindu yang mendera hati
menyiksa jiwa
luhurkan rasa

hey kekasih arjuna beta,
rungkaikan rasa ini,padamu.
terima kasih!

Khamis, 29 Mac 2012

:: Perang ::

Kekasih hati jauh dimata
sibuk dengan kerjaya

aku pula disini
jugak sibuk jalani hari-hari

bila sama memendam
bila ada rasa yang terpendam

ada saja yang tak kena
ini salah, itu salah,

bila ayat pertama aku tuturkan itu
meyakiti hati kau

bila ayat kedua kau sambung
yang juga menyakiti aku

aku ini ego
kau juga ikut ego

aku ini baran
kau juga ikut baran

ha, kenalah kita berdua
perang dingin dilancar , diam tak bersuara.

aku duduk diam.
peluk bantal, selubung satu badan.

tiga jam kemudian,
kita kembali bersatu
bersenda gurau seakan tak ada apa berlaku.

pelik,
bukan.bukan.
ini yang namanya cinta.

kau kekasih yang suka bikin peperangan.
terima kasih!

Selasa, 27 Mac 2012

:: Khianat ::

Kalau aku tahu
tak akan aku berikan pada kamu

kalau aku mengerti
tak akan aku mengasihi

aku yang tolol
atau kau yang bahalul?

mencintai dalam satu
tapi rupanya dua padamu

sudahlah,
aku tak menyalahkan kamu
mungkin ini sudah nasib aku
pergilah kau, lupakan aku,
terima kasih atas curangmu.
terima kasih!

Ahad, 25 Mac 2012

:: Hipokritasi ::

Penat sebenarnya berpura-pura, menyusun gelak tawa bersama
Penat juga bila aku tak mampu nak kejar masa yang jauh tinggalkan aku dihadapan
Apa aku yang terlalu perlahana atau masa itu terlalu pantas untuk aku kejar,
sehinggakan aku jatuh tersadong sendirian lalu aku terkapai dalam jasad manusia yang rabak hina ini.

Rabak ini masih lagi berbaki, jahanam masih juga lagi disisi, bidadari patah sayap ini masih juga lagi sudi menemani jalani hari-hari yang serba hipokritasi. entah bila ia akan jadi realiti,bila senyum itu bukan lagi sekadar tarikan bibir yang palsu untuk diukir.

hancur., lebur pon, kalau dikhianati tak kan aku mahu berpaling lagi, mengutip kembali. cuma izinkan aku kutip serpihan hati yang berterabur tadi, untuk aku bawa pulang, cantumkan kembali biar ada rupa walaupun nampak sompek di mata kalian.

bila mana, orang yang kita sayang mula tak ambil endah tentang kita, mungkin ada masanya memang ada kita lakukan kesalahan, lalu aku capai cermin, lihat sekilas pandang, apa buruknya aku sehingga tak diterima dalam kumpulan.

jujur, apa aku rasa kadang membunuh jiwa yang sedang lara, yang sedang menunggu masa untuk dibuang jauh ke mana sahaja. Biar lah lahir satu yang baru, yang bisa buat aku lupa semua sengsara dan kepuraan yang membunuh ini,terkadang aku minta, semoga aku excident dan lupa segalanya. jahil disitu.

sudahlah,aku penat.pendam segala rasa, kesayangan makin menjauh tanpa mengerti,
aku ini buruk, hodoh, jika aku juga salah, aku terima.
terima kasih!

Khamis, 22 Mac 2012

:: Rindu ini Terlalu 0.2 ::

Hari penuh barakah
Nyata aku kalah
kalah dengan permainan rasa jiwa
kalah dengan rindu yang tiba

kenapa
dan aku tak pernah minta, begini

aku mahu buang campak rasa ini
biar remuk redam hancur jahanam

Tuhan
aku cuma rindu
tapi rindu ini terlalu
ia menyakiti aku

Sumpah
rasa ini membunuh
rindu ini membunuh
senyap, diam tanpa senjata tajam.

rindu "kita" yang dulu
rindu tentang cerita masa lalu

dan aku masih rindu
dan ia membunuhku dengan senyap di angin lalu.
perlu apa aku madahkan?
perlu apa aku puisikan?

rasa ini bikin aku gila
rindu ini bikin aku huru hara
rindu ini, rindu ini makin ketara.

Pasak tiang yang teguh
makin sendeng, condong
tunggu masa menyembah

aku tungu
akan tiba hari itu
bila kita kembali menyulam masa lalu
aku tunggu, tiba.

walaupun hari ini,
aku terlalu rindu.

jiwa,
hati,
rasa,
pinta aku, sabarlah.


Bidadari Patah Sayap, 1320pm.


tinta jiwa :- rindu ini bikin aku keliru.
terima kasih!

:: Adik Kesayangan ::

rindu bau dunhill kamu
rindu bau parfum kamu
rindu gurau senda kamu
rindu perjalanan jauh bersama kamu
rindu tentang masa lalu

kini
7 tahun hubungan ini
gila,suka, duka, kita sama rasa

terima kasih adik,
jadi pelindung buat kakak.

yang tahu manja kakak,
yang tahu gila kakak,
yang gembirakan kakak.
yang selalu melebihkan kakak.
yang menjaga kakak.


bentong-kuala lumpur-shah alam-jitra-alor setar-kl-bentong.
09032012-12032012



pesan : "being clumsy when missing "u" "
terima kasih!

Rabu, 21 Mac 2012

:: Rindu ini Terlalu ::

Rindu ini terlalu berat,
Rindu ini terlalu serat,
Rindu ini mencengkam jerat,
Rindu ini , rindu yang terlalu.

Duduk berpeluk tubuh dingin,
Disaat aku terlalu ingin,
Kau yang seperti dulu,
Bercanda suka juga berkongsi duka.

1500 pesanan ringkas
Tersisip kemas di kotak pesanan
Masih aku baca
Tersenyum sendiri, leka meneliti bait-bait kata
Tanpa sedar, aku rindukan kamu

KAMU
Aku rindu
Rindu yang terlalu
Rindu yang berat
Rindu ini sangat sarat

Air mata ini,
Air mata kerinduan terlalu pada kamu

Rindu ini terlalu berat untuk aku ditahan pundakku,
Rindu ini terlalu berat untuk aku buat tak tahu,
Rindu ini terlalu berat untuk aku jadi malu.

dan tetap juga, rindu ini terlalu berat, sarat.

aku diam,terus diam, dengan rindu yang terlalu ini.
terima kasih!

Selasa, 20 Mac 2012

:: Buta ::

Rasa yang menumbuh,
Mekar jadi indah.
Jangan takut,
tak mungkin rasa itu membunuh.

Pegang erat jemari dia,
Bisikkan, kau cinta dia,
Kau mahukan dia,
Jadi peneman setia,
penyeri jiwa.

hai orang muda,
jiwa penuh dengan aksara,
mana mungkin kau ditolak
mentah, bujur, kabur,

Dia pasti buta,
dia mungkin gila,
tak nampak luahan jiwa,
Tulus ikhlas pada satu rasa.



pesan : kita diberi pilihan, pilih sebaiknya.
terima kasih!

Khamis, 8 Mac 2012

Cinta Diam

Sekian alam diam
bila aku teriakkan
di kaki bukit pagi itu
bahawa aku cintakan dia

aku pengecut?
tidak
aku bukan pengecut

aku cuma cinta dia dalam diam
biar kan cinta ini aku pendam
biar semakin dalam
terima kasih!

Rasa

Ini rasa aku
kau mahu curi?
silakan
kalau kau berani

aku bukan untuk ditiduri
telanjang memuaskan hati

aku mahal untuk kau dakap
untuk kau mendapat yang hak

ini bukan taman cagaran
ini taman kehidupan
fikir logik akal
kalau berani,
aku masih buka tawaran
silakan.
terima kasih!